Jom Diet Sihat

Rabu, 18 Julai 2012

Sweet Basil

Sweet Basil atau nama kampungnya pokok selasih adalah ulam kegemaran saya. banyak cabaran menanam pokok selasih ni sebab jiran di depan dan belakang rumah berketurunan Kemboja, suka memetik daun ni tanpa izin... sakit hati dibuatnya... untuk makluman semua, orang kemboja mmg banyak menggunakan daun selasih dalam masakan mereka... benih dah pun dikongsi dengan mereka tapi jenis tak mahu bercucuk tanam, mahu menuai sahaja.. hehe... lebih kurang dua bulan lepas, kedua2 jiran kemboja telah berpindah ke rumah lain... namun masih jalan sama, jauh sikit... jadi pokok selasih berpeluang tumbuh subur... tukang tanam dah 3 kali merasa ulam selasih cicah budu... sedaaappp sangat...
bunga selasih

daunnya gemuk
Pokok selasih ni dah pun berbunga.. lepas ni na cuba kumpulkan benihnya pulak.. Kat pasu sama tanam bawang besar...2 kali tuai daun... kemudian, daunnya tak mau panjang dah...merajuk ke?

14 ulasan:

  1. minggu ni petang asyik hujan... benih selasih pun kena air - jadi kembang... serupa mcm biji selasih yg kita selalu buat air...
    then hubby tanya 'ini biji selasih yg guna dlm sirap tu ke?'...
    errr... tak tau nak iya kan ke tidak... hahaha... mmg tak tau... ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun ada buat eksperimen hari tu. Betul kembang macam biji selasih tu. tapi en iskandar tanam sendiri kata biji selasih tu dari jenis basil lain.

      Padam
    2. saya pun ada perasan kalau hujan, benih basil akan kembang dalam bunganya...

      Padam
    3. apa kata lepas ni kita test letak dlm sirap... cuba rasa... agak-agak ok tak rasa dia... ^_^

      Padam
  2. saya pun ada pokok basil ni. kakak boss bagi sepokok. alhamdulillah elok suburnya. dah 2 kali buat masak ikan sweet sour. sedap baunya.

    now tengah nak cambahkan lagi pokok ni. aunty tu cakap boleh tanam dengan keratan batang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak pernah cuba daun selasih dalam masakan pun...cuma buat ulam je.. lepas ni boleh la cuba dalam ikan sweet sour pula... mmg pokok selasih boleh ditanam guna keratan batang...saya pernah cuba dan berjaya...tapi pokok di atas dari benih..

      Padam
  3. geram tengok. subur dan hijau daunnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah pasal..mmg geram tgk daun dia gemuk2... tapi setelah dipetik tiga kali, daun yang kemudian tu dah jadi saiz biasa balik..

      Padam
  4. benih basil memang banyak!!... setengah akan jatuh dan tumbuh sekitar pokok induk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. basil bangchik yang ditanam atas tanah mmg mengujakan... saya dah tgk... nanti bangchik boleh kongsi cara untuk kumpul benih basil... saya tak pandai...picit keluar satu2 dengan tangan..aduhhh..letih..

      Padam
  5. Saya ni nak tanam pokok cili tapi benih yang beli sebenarnya pokok selasih.Pada mulanya syok juga ingatkan pokok cili saya subur sangat kerana sebelum ini tanam cili asyik kena penyakit.Tunggu punya lama pokok ini keluar bunga tapi tiada pula buahnya.Akhirnya saya mengetahui bahawa pokok yang ditanam ini pokok selasih dan bukannya cili dari ibu mertua saya.Saya pun tak tahu macam mana nak guna daun ini kerana selama ini yang tahu bijinya sahaja digunakan dalam penyediaan air ais.Daun selasih ini bagus juga diguna dalam penyediaan teh o panas kerana ia menghasilkan bau yang harum kepada air teh tersebut

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh..ini maklumat baru ni..lepas ni boleh cuba teh o selasih pulak... kalau masak daging/ayam kaprau boleh bubuh daun selasih... rasanya benih selasih dengan benih cili lain benar benar bezanya...mungkin juga selasih ni dari benih sesat...sebab selasih sangat mudah tumbuh...

      Padam
  6. BOLEH TAK TANAM SWEET BASIL DENGAN BATANG JE?MANE NAK CARI BENIH?

    BalasPadam
  7. Saya semai biji selasih yg nk wat sirap tu..alhamdulillah dh mnjadi ank pokok.cuma boleh tau x...biasanya lau benih yg bli kt kedai nk wat sirap tu dr basil jnis yg mna ya?

    BalasPadam