Jom Diet Sihat

Memaparkan catatan dengan label sayur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sayur. Papar semua catatan

Sabtu, 10 Ogos 2013

Terung Bulat Dalam Pasu

Anak pokok terung ini dibeli dari nursery berdekatan rumah. Mengikut labelnya...saya ambil terung panjang ungu... terung panjang hijau dan terung bulat. Tapi bila berbuah semuanya bulat. Hmmm salah label la tu.
Tiga pokok terung dalam pasu dapat membekalkan buah yang sangat memuaskan hati. Bukan saja dapat makan kami sekeluarga...malah dikongsi juga dgn tiga jiran secara bergilir. Puas makan. Buat pajeri.. masuk dalam kari.. dicelur... dibakar... dibuat dalca.. dimasak sambal tumis... masak lemak putih enak  tak terhingga. Manisnya terung tanam sendiri ni memang lazat.

Ahad, 30 Jun 2013

Kohlrabi~Vienna Purple

Daripada secubit yang ditabur terus dalam bekas gabus...hanya 2 yang survive.. tapi hanya 1 je yang berisi.. cubaan pertama dengan kohlrabi... Mcm mana keputusannya nanti tak tau la pulak.. Harap harap ada la rezeki nak merasa sayur kohlrabi ni.
INSYAALLAH...

Rabu, 28 November 2012

Peas: Berbunga Dan Berbuah

Agak lama juga pokok kacang peas ni nak berbunga. Saya hampir nak cabut pokoknya untuk digantikan dengan pokok timun. Tup tup keluar bunganya... Buahnya pipih... Sedap dimakan semasa muda. Saya pun tak pasti kacang ini dari jenis mana. Benihnya adalah pemberian jiran.





Isnin, 16 Julai 2012

Kobis Cina Ong King @ Sayur Putih

Ini adalah cubaan yang ketiga saya dengan sayur putih ni... nampaknya 2 sebelum ni tak berjaya..anak kobis dimakan siput tak tinggal sikitpun untuk petani yang menanamnya... kali ketiga ada lah sedikit kejayaan yang tak seberapa.. tinggal sepokok yang sempat membesar sedikit daripada biasa... namun cabarannya belum terhenti di situ... daunnya masih di makan makhluk misteri sedikit demi sedikit.... kemudian saya alihkan pokok ke tempat tinggi... masih tidak berkesan... apakah gerangan makhluk yang suka benar dengan sayur putih nan sepokok ni...
anak pokok ong king yang terselamat

dah ada tanda serangan sikit

pokok makin besar... lubang pun makin banyak

bukan di makan ulat..sebab tiada tanda taik ulat...
saya agak mungkin belalang... ye ke?

Jumaat, 13 Julai 2012

Remayung Merah~ CampakCampakHidup

Saya tertarik kepada remayung/ malabar spinach selepas membaca posting dari beberapa rakan blogger yang menceritakan tentang sayuran ini. Semasa jiran membeli sayur ini, saya minta biji benih darinya.. malangnya seperti selalunya kejayaan tidak berpihak kepada saya bab tanam sayur ni...

namun pada suatu hari saya terpandang cambahan remayung yang tumbuh sekelompok dalam pasu panjang...sebenarnya pasu panjang tersebut saya semai sawi.. tapi semua dimakan siput... yang hairannya remayung tumbuh sihat tidak terusik dek siput atau belalang... ntah dari mana benihnya..saya agak jiran depan rumah telah campakkan benihnya dalam pasu saya...

nampak macam sihat

akhirnya saya putuskan untuk memberi perhatian kepada remayung ni... geram tgk daunnya yang berkilat. bila waktu yang sesuai untuk tuai agaknya...dan bagaimana cara menuai yang terbaik... potong batang, ambil daun sahaja atau cabut terus? sesiapa boleh kongsi...silakan..

Khamis, 12 Julai 2012

Kacang Panjang Renek- Berbunga dan Berbuah

Sukanya dalam hati bila pokok kacang panjang dalam pasu dah mula menunjukkan bunga dan buah walaupun masih kecil... Semut pun dah banyak kat pokok ni... Selalunya mereka ternak aphids... memang betul, bila dibelek-belek..nampak aphid jenis hitam beberapa ekor di pangkal buah.. terus tenyeh je... dah dua hari dia kembali lagi..esok kalau makin banyak kena guna resepi semburan organik dari tanamsendiri.com... campuran minyak dan sabun cuci pinggan... setakat ni masih terkawal... kalau ada rezeki bulan puasa ni boleh la makan kacang panjang goreng..

bunganya kembang sekejap je waktu pagi...
buah sulung

syok tgk buah dia terjuntai..
Pada awal menyemai benih kacang panjang ni, saya bercadang untuk gantung pasu ni..sebab tak tahan dengan serangan siput haram tu (babi)... tapi sejak bubuh atas bumbung puyuh ni, tak nampak sekorpun yang panjat naik atas.. gayat kot... alhamdulillah... rasa seronok sgt...

Ahad, 20 Mei 2012

Tanah Dan Sayur

minat menanam bunga kemudian menular kepada menanam sayur pulak. malangnya setahun mencuba masih tak berjaya. macam2 orang cakap..tangan panas la... tapi tanam bunga elok pulak... pada suatu hari, kawe mencucuk batang selom lebihan ulam. Selom tu ditanam dengan menggunakan dua jenis tanah yang berbeza... hasilnya...
ini yang ditanam guna tanah nursery hitam (ada brand). pokoknya mcm pokok2 sayur lain yg kawe tanam. 

dan ini pula yang ditanam dalam tanah nursery merah seakan2 berpasir.

dengan ini saya simpulkan bukan tangan kawe yang panas. mungkin pH tanah yang hitam tu tidak sesuai. Lepas ni bolehlla tukar tanah lain... Erkkk...jenuh jugak tu nak tukar tanah dalam semua bekas...