Jom Diet Sihat

Sabtu, 15 September 2012

Pudina/Mint

Pokok ini asal rantingnya saya dapat daripada jiran depan rumah. lebihan masak chutni... tau minat saya menanam, dia berikan ranting pudina kepada saya tanpa diminta. saya pula tidak menaruh harapan yang besar kepada pudina ni.. sebab masakan melayu jarang menggunakan pudina kan.. tapi cucuk juga dalam botol minyak masak...  mulanya dia tak berapa nak subur pun... walaupun dah dibaja daunnya kecil2...
dah subur

dah rimbun
rupanya pudina jenis pokok yang perlukan banyak air... saya pun alihkan bekas pudina berdekatan dengan pili... supaya tak kan terlupa menyiramnya... alhamdulillah... memang menjadi... daun kecik membesar dengan jayanya... sampai dah menjalar keluar dari bekas...
...dalam botol minyak masak
saya juga tanam pudina ni dalam pasu limau kasturi... sehingga sekarang, separuh dari pasu limau kasturi pudina ni dah monopoli...
sampai dah terkeluar pasu
saya jarang(tak pernah) menggunakan pudina ni di dapur... cuma suka aromanya bila tersentuh daunnya... berbau segar sangat... lagipun seronok tanam pudina.. tak payah gaduh berebut dengan perosak...  elokkkk manjang..

Jom tanam pudina....

18 ulasan:

  1. ibu shafirul, saya ada juga patch pudina kat laman belakang tapi daunnya memang kecik. ranting je banyak, semua dah merebak keluar patch dia. yang dalam tempat menanan tu ranting saja, daun semua kat hujung - kecik-kecik. nampaknya nak masuk bekas juga dan taruk sebelah paip, kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya kalau atas tanah lebih bagus untuk tanaman...cuma kena siram banyak air waktu panas... kalau dalam bekas...tanah tak leh pegang banyak air sangat...mudah kering...

      Padam
  2. Saya suka daun pudina dalam kari laksa, asam laksa and juga boleh buat fresh mint sauce untuk tandoori kambing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ummm...tandoori kambing...garlic naan... dan pencicah pudina lemon... sedap tu...

      Padam
  3. salam puan,
    subur pudina ni.
    Benih2 yg dikongsikan dah selamat diterima.Terimakasih banyak2.

    BalasPadam
  4. Hi ibu shafirul, saya pun asal ada 1 je pokok mint. Dah lah tua dan dah nak mati lak tu. Kendian saya baca cara biakkan, saya start potong ranting dan cucuk kat dlm polybeg, pasu, dan tumpang pasu limau kasturi. Alhamdulillah elok membiaknya. Tak guna gak tp suka tengok subur. Saya makan bila buat assam laksa je dan buat hiasan kat lauk dan masak nasi beriyani

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la kita..tanam suka2 je... pudina ni banyak digunakan dalam masakan india...

      Padam
  5. bubuh daun pudina segar dalam teh jadi teh pudina, memang wangi sekali! keluarga kami memang suka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu... cuba jugak letak pudina dalam lemon ais..pun sedap..

      Padam
  6. salam..
    Saya baru cuba nak tanam pokok pudina ni.. Tanam dalam pasu. Nak tanya macam mana cara membajanya?

    Terima kasih

    BalasPadam
  7. ada jual tak biji pudina ni? nak tanam gak la

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum,
    saya ada beli pudina ni dalam pasu kecik tu.memang hari2lah guna sebab buat air detox dengan lemon tu kan.. hari tu Nampak menjalar byk dah,saya pon potong lah ranting dia ingat nanti akan tumbuh dan keluar lg banyak..sekarang ni memang Nampak naik daunnya tapi kecik2 je.. tak sampai hati pulak nak ambik masak.boleh bantu?tq

    BalasPadam
  9. Sy de jual anak pkok pudina.Wasap 0133083714.lokasi Banting

    BalasPadam
  10. Sy de jual anak pkok pudina.Wasap 0133083714.lokasi Banting

    BalasPadam
  11. sa suda tanam pudina dalam pasu plastik beberapa kali tapi x berjaga. Mula2 ok tapi bila hujan turun beberapa hari, terus daunnya layu/gugur n batangnya bertukar dari putih ke coklat

    BalasPadam