Jom Diet Sihat

Khamis, 31 Januari 2013

Bawang Harum Sundal Malam

Sudah hampir tiga tahun pokok harum sundal malam ni menghuni laman kami. tapi bunga tak keluar. menurut pengalaman rakan blogger.. pokok ini membiak secara utama melalui bebawang. Bila sudah tiada ruang untuk bebawang baru.. barulah pembiakan cara kedua akan berfungsi... iaitu melalui pembungaan.

dengan kata pendeknya... selagi pasu tak penuh dgn bawang bunga tak akan keluar. memandangkan pasu yg saya gunakan sblm ini agak besar.. saya buat keputusan untuk mengalihnya ke dalam pasu yg lebih kecil.. err..boleh ke mcm tu? hehe...

terkejut jgk tgk bawangnya yg dah beranak pinak.. besar pulak tu. ingat dulu sebesar jari kelinking je. lima bawang je pun. tapi tengoklah mcm mana dia membiak.. fuhh...

harap dah tukar pasu ni cepatlah sikit dua berbunga ya.




Rabu, 30 Januari 2013

Florence Fennel

Salam sejahtera semua... terima kasih kerana sudi juga jenguk blog yang panas panas sejuk ni.. sebenarnya dalam proses menukar wajah blog.. dah boring muka lama. tapi bila buat kerja adyik tergendala je. jadi la haru biru mcm ni.

kalu ni saya nak kongsi pokok florence fennel benih jauh datang dari adelaide. saya pun tak pasti berapa lama masa untuk fennel ni membentuk bulb.. dah lebih tiga bulan dah. kawan dia yang lain semua dah jadi arwah. tinggal la cik florence fennel ni sorang sorang di bumi asing.. tunggu je la. kalau ada rezeki boleh la merasa..

dulu...selalu tgk jamie oliver masak ikan mesti pasangkan dgn fennel ni. itu yg buat terliur tu. mcm sedap je. padahal masak main campak campak je..

wahai cik florence fennel... cepat la kau besar.. ada tak sesiapa di malaysia yg berjaya dg fennel ni.



Selasa, 29 Januari 2013

Salad Pepperomia / Sirih Bunian

Saya mengetahui bahawa salad pepperomia boleh dimakan melalui blog tanamsendiri.com. Walaupun dah mengenali pokok yang dianggap rumpai ni sejak kecil..tapi tak pernah mencubanya pun.. Bila penulis blog tanamsendiri menyarankan tumbuhan ini..saya pun cuba.. err.. mmm... tak berapa kena dengan lidah saya. Rasanya inilah yang memberikan namanya kot..sirih bunian.. rasa seakan sirih tapi lembut dan rangup.

Namun tumbuhan berbatang lembut ini menjadi kegemaran ramai di seluruh dunia. Malahan di negara barat..ianya ditanam... kiranya kita ni beruntung sangatlah salad ini tumbuh mcm tu je.

Ada sahabat yang sama berminat dengan pokok mengatakan salad pepperomia ini mempunyai khasiat perubatannya sendiri. Antaranya untuk yang sakit lutut..boleh lumatkan daun dan batangnya lalu ditempelkan pada lutut.

Salad pepperomia tumbuh sebagai rumpai di laman belakang saya. celah celah retakan simen pun boleh survive.. banyak juga anak pokok salad ini tumbuh dalam bekas gabus... sayangnya saya tak gemarkannya..klau tak..kenyang ler makan...



Isnin, 28 Januari 2013

Hero & Tomato Ceri

Alhamdulillah... kali ni hasil tuaian tomato ceri dapat lebih berbanding selalu. kali ni dapat dalam lingkungan 12 biji. dalam hati bolehlah jadikan topping pizza nanti. tup tup hero tu siap mandi tak sempat pakai baju... terus dia ngap... hmmm... as you wish baby..
dia makan tak banyakpun. sebab tomato laman belakang tak manis mcm laman depan. masih berbaki.. insyaallah ada kerajinan nanti saya post gambar pizza pulak. hehehe... jadi ke?.. ntah ler. blog masak kan banyak. tiru je la resepi.



Peria Katak

Pokok peria katak ni asalnya ada rakan sekerja yang berikan buah kepada saya sebab tau saya suka makan ulam dan minat menanam. Buahnya tersangatlah comelnya... kecik cinonet je. Sebiji buah yg masak ada la 3 benih yg bernas.. lempar je dalam vekas gabus.. haaa.. tak banyak songeh..hidup pun dia. nampaknya dah mula memanjat. tangga lama yg saya jadikan trellis dia tak panjat sebaliknya dok panjat pokok tomato dalam bekas sebelah. suka hati awak la cik peria... asalkan awak gembira. nanti jgn segan berbuah ye..



Pokok Kesum & Bekas Kitar Semula

Pokok kesum ni asalnya satu bekas aje.. tapi bila pokok lama tak di tuai.. batangnya jadi meninggi dan kurang daun. Jadi saya potong dan semai lagi dalam bekas lain. Alhamdulillah.. hidup juga engkau cik sum... takat nak buat asam pedas rebus dan laksa makan keluarga tu lepas la sangat...

Bekas minyak yang saya guna saya tak buat lubang di bawah. Sengaja nak biarkan air bertakung. Kesum kan suka air. Tapi saya buat lubang di sisi botol separas tanah. tak nak pulak nanti air bertakung jadi tempat pembiakan nyamuk pulak...

Berkebun pun berkebun jugak... tapi keselamatan pun perlu diambilkira kan..

Jom tanam kesum... kena gayanya mudah je.


Selasa, 15 Januari 2013

Tomato Ceri Berbuah Lebat

Sebenarnya saya ada menanam 6 pokok tomato ceri di laman. 5 di laman depan dan 1 lagi di laman belakang. Pokok di laman depan banyak bunganya. tapi buah kurang jadi. hanya keluar 5 ke 7 buah sepokok. Tapi rasanya manis mcm anggur. bunga jadi kering. tak tau kenapa. saya agak mungkin pendebungaannya tergangu sebab selalu hujan lebat.
pokok belakang yang satu tu pulak..jarang dijenguk. siram pun selang selang hari je. kalau hujan tak siram sampai seminggu. tapi terkejut tgk buahnya banyak la pulak. mungkin sebab pokoknya agak terlindung.. letak bawah bumbung. tapi buah rasaagak tawar. tak sesedap tomato dari laman depan. agaknya kurang cahaya kot...
tapi semenjak hari kembali panas dua tiga mingu ni.. pokok tomato laman depan dah menunjukkan banyak putik buah muncul. tak sabar tunggu masak.


Cambahan Sawi

Sebenarnya saya sering gagal dengan sawi.. tapi kali ini..sawi 2013...nampak seperti mahu berjaya. Saya gunakan campuran tanah hitam, peatgro conditioner, dan digaul dengan baja najis kelawar(guano). Guano tu beli kat econsave..kat bahagian baja. Tapi mcm lambat je tumbesaran sawi ni. tak cukup matahari kot. Benih sawi yang ditanam serentak menunjukkan pertumbuhan yg sangat berbeza. mungkin faktor cahaya. harap rakan rakan boleh doakan kali ni ada la rezeki saya nak makan sawi tanam sendiri. amin.




Khamis, 10 Januari 2013

Bunga Salad Green Parade

Pertama kali tgk bunga salad. cantik. tapi sayangnya bunga ini tak menghasilkan benih. tak tau la kenapa.. atau saya tak jumpa dimana benihnya.. takpelah... benih asal salad ini adalah benih kongsi tanamsendiri.com.