Jom Diet Sihat

Khamis, 31 Januari 2013

Bawang Harum Sundal Malam

Sudah hampir tiga tahun pokok harum sundal malam ni menghuni laman kami. tapi bunga tak keluar. menurut pengalaman rakan blogger.. pokok ini membiak secara utama melalui bebawang. Bila sudah tiada ruang untuk bebawang baru.. barulah pembiakan cara kedua akan berfungsi... iaitu melalui pembungaan.

dengan kata pendeknya... selagi pasu tak penuh dgn bawang bunga tak akan keluar. memandangkan pasu yg saya gunakan sblm ini agak besar.. saya buat keputusan untuk mengalihnya ke dalam pasu yg lebih kecil.. err..boleh ke mcm tu? hehe...

terkejut jgk tgk bawangnya yg dah beranak pinak.. besar pulak tu. ingat dulu sebesar jari kelinking je. lima bawang je pun. tapi tengoklah mcm mana dia membiak.. fuhh...

harap dah tukar pasu ni cepatlah sikit dua berbunga ya.




15 ulasan:

  1. Bwg sundal mlm sy dulu dlm pasu kecil penuh sepasu tp lepas 2 thn x berbunga juga...last2 sy pecah2kan dpt 3 dozen bwg. Tnm asing2...sejak seminggu ni x hujan..cepat pula besar berbanding waktu musim hujan. Sy letak di kwsn yg kena cahaya matahari dr pagi smpai tghari...baja tahi ayam seminggu sekali..masih tgu berjaya atau x berbunga kali ini...

    BalasPadam
  2. ingatkan saya jer yg alami masalah ni. saya pun dah lama tanam HSM ni. tak berbunga-bunga jgk. sabar ajer la. :>

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan kita je..ramai sebenarnya menghadapi masalah ni.

      Padam
  3. Salam Ibu Shafirul,

    Begitu pula perangai sundal malam ni ya. Dulu Mak Aji adalah sepokok, pernah berbunga sekali pastu kaput terus. x tau apa silapnya. Seronok tengok dlm foto ni punyalah byk anaknya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang hairannya Mak Aji, ada seorang kawan saya... selama 3 kali saya berkunjung rumah dia, tiga kali juga lah sundal malam dia ada bunga... pelik jugak.. kita yang bela beria..dia tak mau bunga.

      Padam
  4. wah.. kalaulah bawang sundal malam boleh dimakan...lumayan..

    BalasPadam
  5. wah... byknya bwg HSM tu. ada yg besar lgi, nmpk mcm mature enough utk berbunga. saya dlu pun letih tngu dia nak kuar bunga. tp saya biarkn aja. lps tu tnam kat tnah biar biak byk2.tak peduli sgt dh, biarkn je klau nak bunga,kuar lh dia tu :)

    BalasPadam
  6. salam awak jual tak pokok ni ,teringin sangat ,lama dah cari :(

    BalasPadam
  7. salam

    yg saya punya pun belum berbunga. beli kat nursey dah hampir setahun. pasal teori kena penuh satu pasu mcm xlogik je. kalau tanam terus atas tanah, jenuh la nk kasi penuh ...hehe

    BalasPadam
  8. lepas bbunga kene potong batang yg tinggi hingga bhg bawah.. baru akan kluar bunga yg baru.

    BalasPadam
  9. Macam mana namk order ? Brapa harganya?

    BalasPadam
  10. Macam mana namk order ? Brapa harganya?

    BalasPadam