Jom Diet Sihat

Jumaat, 28 Disember 2012

Miracle Tonic ~ Baja Orkid

Saya terjumpa dengan miracle tonic ini di Floria 2012. Menurut penjualnya..tonic ini sesuai digunakan untuk semua jenis pokok. Jadi sempatlah beli dua botol. Harganya pun agak murah RM15 untuk dua botol. Bila balik rumah terus cuba. Bancuhkan satu penutup tonic dengan 2 liter air. Spray semua pokok. Seminggu sekali je.

Selepas dua minggu... perubahan ketara nampak kat pokok orkid. Semua pasu orkid mengeluarkan putik  bunga. Serentak. Bunganya keluar bersambung tak berhenti sampai la hari ni. Ramai yang menegur.

Oh..jangan ingat saya promote pulak. Saya cuma kongsi je. Sebab ramai juga pengunjung blog yang bertanya rahsia orkid berbunga rancak.. Saya tak dapat apa pun. Tonic ni pula saya tak pernah jumpa di kedai. Saya sendiri beli di floria dan maha. Kalau sesiapa berminat bolehla zoomkan mata tgk no telefon kat belakang tu.

Tapi ada juga tak bagusnya tonic ni. Apa yang saya perhatikan pokok orkid menjadi kurang subur. Mungkin terlalu banyak nutrien dan tenaga digunakan untuk  berbunga. Penyelesaiannya beli la baja untuk pertumbuhan orkid pula..


Ahad, 23 Disember 2012

Turnip Oasis

Percubaan turnip oasis kali ini adalah yang ketiga... Alhamdulillah berjaya juga akhirnya... Walaupun tak la banyak... hanya dua pokok je yang menjadi. Itupun kecik je...

Benihnya saya beli dah hampir 2 tahun daripada Thompson & Morgan. Agak mahal juga bila ditukar dengan duit kita. Tapi masa tu baru berkecimpung dalam dunia tani ni... ingat konon nak buat kebun mcm mat saleh.. hehe.. bodohnya aku..hehe...

Kepada sesiapa yang ada perangai mcm saya jugak..nasihat daripada saya... takyah la tanam benih pelik pelik sangat. kalau tak hidup buang duit je.. tanam lobak putih dan bendi pun seronoknya lebih lagi...

Apa apa hal pun jom la tgk gambar dulu...



Bunga Di Laman

Hari ni sekadar nak kongsi gambar di laman depan... (laman belakang lama terabai sbb ada tikus)...

Kali ni bunga kembang tidakla sebanyak sebelum ni..tapi setuap pokok ada kumtum yang mekar...













Rabu, 19 Disember 2012

Orkid RM1,000

Kunjungan ke MAHA'12 menemukan saya dengan spesies orkid hutan. Mata tertangkap padanya bukanlah kerana kecantikan bunganya pun...tapi terbeliak biji mata tengok harganya... mulanya tak percaya.. ingatkan RM10.00 tapi bila dibelek betul betul... komanya tempat lain... Aduhhh... taksub betul la siapa yang sanggup beli. Nasib baik la saya belum jadi fanatik orkid sebegitu. Namun tak dinafikan bunganya agak unik dan tak pernah dilihat. Seperti bebola baldu..

JOM JAMU MATA.




Delima Tani : Sesi Cuci Mata

Jika pulang ke Kuala Lumpur... tempat separa wajib yang mesti dikunjungi ialah ke Greenlane Sg. Buloh. Dah beberapa kali kunjungan pun tak pernah puas puas. Kadang kadang pergi tak beli apa pun.. sekadar cuci mata je.

Dalam banyak banyak lot kedai saya paling suka dengan kedai Delima Tani. Pelbagai jenis herba inggeris, bunga semusim dan anak pokok sayuran dijual di sini. Yang istimewanya banyak jenis pokok yang tiada di kedai lain ada di sini. Cakap banyak pun tak guna.
A picture worth a thousand words. Layan je la gambar kat bawah ni.















Ahad, 16 Disember 2012

Vanda Kembang Lagi

Orkid vanda di laman depan kembang lagi. Kali ini pokok yang lagi satu pulak. Pandai pulak depa bergilir nak berbunga.. yang ni dia kembang 2tangkai serentak. Puas hati sangat2. Syukur alhamdulillah... senang je mata ni.




Tomato Ranum

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog. Lama sungguh rasanya tak menulis sesuatu di sini. Ingatkan masa cuti sekolah boleh update blog banyak2... Rupanya bila cuti ni momentum tuan punya blog mcm lemah sikit. Keje tengok tv dengan layan hero sorang ni je. Bukan tak de perkembangan pasal pokok di laman... namun malas nak menulis dan rakam gambar. apapun lepas ni saya akan cuba juga sekurangnya satu update sehari.

Kali ni nak kongsi pengalaman makan tomato ranum dari laman. Rasanya yang manis...pejal dan rangup... sehinggakan hero saya cakap buah anggur... Sayangnya buah tak banyak... Sekadar buat kudap kudap je... berebut dgn anak.. tunggu la kot kot dia tak nak dia punya...hehehe.. Betul kata ejamaria... kalau dah merasa tomato sendiri..mesti tak puas hati tomato kedai...

Memandangkan anak pun suka makan tomato ceri ni.. lepas ni nak tanam banyak2... Benihnya saya ambil dari buah ranum yang dibeli di jusco. tulis kat situ plum tomato...

JOM TANAM TOMATO....




Penyakit Pokok Kari

Saya ingin bertanya sekiranya ada antara pengunjung blog tahu akan masalah pokok kari saya... Daunnya kelihatan berbintik dan seterusnya jadi kuning gelap... Bukan daun tua saja jadi mcm ni..pucuk yang baru pun ada tanda yang sama. Sesiapa... boleh tolong...