Jom Diet Sihat

Memaparkan catatan dengan label bunga telang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bunga telang. Papar semua catatan

Isnin, 11 Jun 2012

Bunga Telang~Butterfly Pea

Kelopak seakan ros
 Bunga telang atau lebih dikenali sebagai bunga nasi kerabu adalah sangat popular di kalangan penduduk Melayu di pantai timur terutamanya Kelantan. Bunga ini dijadikan bahan pewarna utama nasi kerabu di sana.  Bila saya berpindah ke Perak Utara, saya agak hairan kerana bunga ini banyak terdapat di laman2 rumah kaum India.  Jiran setaman saya memaklumkan bunga ini dipercayai membawa tuah kepada tuan rumah...selain itu kegunaannya untuk mereka sembahyang.. Saya mendapat benih bunga telang berlapis ini daripada jiran setaman tersebut...murah hatinya...
 Daripada sumber wikipedia, pokok bunga telang ini boleh berfungsi untuk memperbaiki struktur tanah. Kacangnya pula boleh dimakan semasa masih muda dan lembut, tetapi saya sendiri pun tak pernah cuba. Rakan-rakan ada ke yang pernah cuba?
Warna biru terang dan menarik
 Bunga telang ni sangat senang nak jaga. Masa kritikalnya cuma sementara nak tunggu dia besar dan stabil saja. Bila pokok dah mula menjalar saya biarkan saja, harapkan hujan je siram, baja jauh sekali. Saya rasa kalau tanam bunga telang di trellis, mungkin cantik untuk hiasan taman.
Rimbun-dari satu pokok sahaja
Bunga telang ini saya tanam di pagar sekolah. Maklumla bila rumah dah takde ruang... asalnya saya tanam dalam pasu, bila dah besar saya alihkan pasu ke tepi pagar. Tgk la pasu kecik kat belakang tu, saya agak akarnya dah keluar ke tanah kot.