Jom Diet Sihat

Selasa, 28 Ogos 2012

Orkid Meriah

Salah satu kegembiraan menyambut hari raya tahun ini ialah apabila pokok orkid berbunga meriah... Kesemua 15pasu orkid gantung mengeluarkan bunga sejak awal Ramadhan... Bunganya pula bersilih ganti dengan yang baru... Sampai ke saat catatan ini ditulis...orkid itu masih belum surut bunganya...
ruang depan yang sempit

bahagian kiri rumah

    
bahagian kanan rumah

Dwarf Cananga

Pokok kenanga rendah ni dibeli di pekan hari daripada penjual pokok dengan lori... Masa beli tu bunganya cuma sekuntum... Bila balik rumah.. Belai dan baja secukupnya... Tengoklah betapa dia seronok dan gembira... Pokok yang kecil setinggi 2kaki mengeluarkan bunga yang mengharum dengan sangat lebat... Semasa gambar ini diambil..terdapat 9 kuntum bunga yang kembang... Yang menyeronokkan saya.. Kenanga ini tidak pernah tandus bunga semenjak pindah ke rumah kami.

Amaryllis Selepas Setahun

Suatu masa dulu, saya begitu teruja dengan bunga amaryllis atau nama kampungnya Bunga Bawang Hantu..
Semasa berkunjung ke Cameron Highland...ternampak amaryllis ni kembang besar.... terus beli sepokok...cuba nasib takut pokok ni tak mahu hidup dalam cuaca panas...

setahun berlalu tanpa tanda nak berbunga...hati makin kecewa, lantas pokok ni dipindahkan ke belakang... namun tetap jugalah dibaja bersama pokok2 sayur di belakang tu... tup2 sebelum raya tengok putik bunganya keluar... hati seronok tidak terkira la... nak jugak engkau berbunga ya cik amaryllis... terima kasih Allah atas kurniaanMu yang menenangkan..

macam mangkuk
merah garang

anther dan stigma

Isnin, 27 Ogos 2012

Unidentified Basil

Basil @ Selasih adalah antara salah satu tanaman kegemaran saya... pertama sebab baunya sebagai penyegar laman, kedua fungsinya sebagai penghalau makhluk perosak, ketiga rasanya yang enak dibuat ulam, dan keempat bunganya berfungsi sebagai penyeri laman dan banyak menarik serangga pendebungaan mengunjungi laman belakang rumah kami..

Saya pernah mencuba beberapa jenis selasih iaitu sweet basil (daun besar gemuk melengkung tu), thai sweet basil, thai basil dan lemon basil...

daripada pengamatan saya daun thai basil dan sweet basil boleh besar dengan gemuknya jika diberi baja yang cukup...namun thai sweet basil dan lemon basil berdaun lebih kecil walaupun bajanya sama... keistimewaan lemon basil ialah aroma lemonnya yang ketara membuatkannya berbeza daripada basil lain.
sweet basil pula mempunyai rasa yang agak 'mild' berbanding basil-basil lain..daunnya pulak unik dan cantik..

semasa melawat mardi cameron highland...saya sempat mengutip beberapa benih basil yang ada di taman herba inggeris di situ... tak banyak yang tumbuh...mungkin sebab benihnya tak bernas atau sebab ambik tanpa izin...hehehe... satu jenis basil hijau..dan satu lagi basil ungu..
basil dari cameron
 basil hijau dalam gambar di atas masih belum dapat dikenalpasti jenisnya... baunya agak kuat dan berbeza daripada basil saya tanam sebelum ini.. rasanya pun agak kuat dan pelik... pendek kata tak sedap la...tapi pokoknya cantik...
nampak berbeza
 terdapat perbezaan ketara antara kedua jenis basil ini. yang saya pegang itu ialah thai basil (most favourite). urat daun basil baru tu lebih rapat, lebih jelas dan daunnya agak bergerigi di tepi...
jenis mana ni?
Yang ini pula basil ungu.. apa yang hairan ialah masa saya ambik induknya berwarna ungu gelap keseluruhannya... tapi yang tumbuh ni hijau bercampur ungu pulak.. dah kena cross pollination kot... tapi bila digoogle... daunnya seakan african blue basil... basil ungu ni hanya tumbuh dua pokok sahaja.. itu pun tersangat la kecik lagi...


Ahad, 26 Ogos 2012

Sepasu Orkid Sebuah Sarang

Dalam kesibukan persiapan menyambut Syawal, pokok yang ada tidak dilupakan walaupun ambik yang wajib sahaja..siram je la tu...hehe.. namun luar kebiasaan bila masa siram orkid sepasu ni... ada seekor burung terkejut lalu terbang lari... ingatkan sesaja dia bertenggek... rupanya ada sarang... dengan telur sekali.. mulanya ada sebiji...esoknya bertambah lagi sebiji... cuba nak tangkap gambar burungnya tapi tak sempat... ambik je la gambar telurnya saja...
jenuh panjat kerusi nak ambik gambar
 En.Suami awal2 lagi dah warning saya jangan usik apa2...biarkan aje burung dan pasu tu... burung tu datang mengeram selama 2 hari... pada raya kedua dan ketiga...hujan turun lebat selebatnya.. angin pun kencang... pasu orkid bergoyang-goyang... burung tu lari... esoknya datang balik mengeram... bila esoknya pun hujan lebat... dia terbang kemudian tak datang-datang dah...
inilah pasunya...pasu orkid hutan yang tak pernah berbunga
 kata suami...itu burung merbuk... memang burung ni dah dua tahun selalu bermain di laman kami. ada sepasang ... tapi tak sangka pulak dia minat nak bersarang kat sini...
nampak cantik
apalah agaknya nasib si telur berdua ni... entah elok entahkan tidak... kalau saya ambik...eramkan guna lampu agak2 dia jadi tak... nak kena google ni... doakan kesejahteraan telur berdua ni ya...

Rabu, 15 Ogos 2012

Limau Kasturi Batik/ Limau Bola/ Limau Tembikai

 


Limau Kasturi Batik - namanya saya dapat dari pengusaha nursery tempat saya beli pokok ni, di sg.buloh... apa yang membuatkan saya tertarik padanya ialah bau daun dan bunganya yang sangat harum.. pokok limau ni boleh membesar dan rimbun kalau ditanam di atas tanah. Di nursery tersebut saya lihat mereka tanam dalam pasu besar, pokoknya tinggi dan rimbun...bunganya tersangaaatttlah lebat... bau harum merebak dalam nursery... saya pon beli la sepokok... rm20- anak kecik yang belum berbuah.
buah lebat
pokok limau ini memang tidak mengecewakan. saya masih belum menukar pasu asalnya... tapi pokok ini sudah menyumbangkan banyak buah untuk kegunaan kami sekeluarga... boleh dikatakan, semenjak matang,
buahnya tak pernah putus.
pucuk baru keluar menggantikan daun rosak
 Daun dan buahnya sangat menarik mata yang memandang... jadi pokok ni boleh ditanam sebagai hiasan yang mendatangkan kasil. Buahnya sama seperti limau kasturi yang biasa...
bunga lebat mengharumkan laman belakang
Satu masa dulu, pokok ni diserang ulat bulu dengan teruk... semua buah berlubang... daun bergulung dan pokok jadi botak jadi makanan ulat. saya cuma kutip buang semua buah dan daun yang rosak... tinggal lah pokok jadi togel... tapi tak lama selepas itu dia pulih kembali... berbunga dan berbuah...

daun dan buah cantik

Terima Kasih Allah atas rezekiMu yang menyenangkan hati hamba ini...

Pokok Kari

daun lebat

Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog... Kebelakangan ni kurang rakan2 blog post artikel baharu. mungkin sibuk persediaan akhir puasa, nak balik kampung dan buat biskut raya..

Kali ni saya nak cerita pasal pokok kari nan sepohon ni asalnya pemberian salah seorang jiran. Masa pakcik tu bagi, anak pokok setinggi satu kaki... Sekarang ni dah hampir 10 bulan di laman belakang saya.. Dah banyak jasanya...jadi menu dalam kari ikan kegemaran en.suamiku..(di sini kari dipanggil gulai), pucuknya jadi santapan sebagai ulam... pokok tumbuh tinggi merimbun...
bawahnya kurang daun

Masalah saya ialah pokok kari ni meninggi melebihi ketinggian tuannya... pasu pulak tu tak la besar mana... anak dah keluar dua pokok di pangkalnya..Teori saya... Mungkin dia jadi tinggi macam tu sebab dulu laman belakang kami tak dapat cukup matahari...jadi pokok tinggi nak cari cahaya... Saya bercadang untuk pangkas pokok kari ni..nak rendahkan dan rimbunkan saiznya..(laman belakang dah dapat full sun). Soalan saya di mana saya nak potong? Kalau saya potong 2 kaki dari aras pasu tu boleh tak? takut nanti dia tak mau bertunas dah... atau bolehkah guna kaedah tut, potong dan semai semula ranting yg rimbun tu...

Harap ada yang sudi menjawab... Terima Kasih



Selasa, 7 Ogos 2012

Gladiolus Pertamaku Mekar

Bunga gladiolus juga dikenali sebagai "Sword Lily", mungkin kerana bentuk daunnya seperti pedang... Walaupun kelihatan seperti bunga lily, namun gladiolus adalah daripada keluarga iris.. Bunga ini boleh didapati dalam apa jua warna yang terlintas dalam fikiran anda...(mungkin)...kalau tak percaya, cuba google tengok ada berapa jenis dan warnanya... Benih bunga saya diperolehi dari blog www.kebunbahagiabersama.blogspot.com.. Terima kasih Diana atas perkongsian benih2 yang tiada di tanah air kita... 
putik bunga gladiolus

bunga mekar...layu dek panas tengahari..selasa/5.00pm

Bunga di backyard container garden saya sudah kembang...Mungkin yang pertama antara rakan2 lain yang turut memesan benih ini dari Diana.. Rezeki Ramadhan saya...hehehe. Sayangnya saya tidak menyimpan apa2 catatan atau jurnal tentang pokok ini. Bukan tak ingat nasihat Tuan Is dari blog tanamsendiri supaya sentiasa menyimpan jurnal tanaman sendiri. Seingat saya, saya tanam mcm biasa dan siram dengan air baja buatan sendiri sampai dia besar.. 2 minggu sebelum keluar tangkai bunga, saya ada bubuh baja tahi kambing.

Putiknya berbentuk tangkai (gambar catatan lama) keluar agak lama juga sebelum putik bunga berwarna  kuning ni muncul...mungkin dalam masa 10-12 hari.. bila putik bunga kuning tu dah keluar, sekejap je dia kembang... mulanya 2 kelopak kembang serentak... tapi  masa saya ambil gambar, kelopaknya layu. Tekstur kelopaknya seakan bunga canna lily.. lembut sesangat.. Jadi pagi tadi, pukul 7 pagi sempat ke belakang ambil gambar kejap. cahaya tak terang, jadi maaf la kalau gambar tak jelas...saya cuba guna flash tapi hasil tak cantik... apa lah daya h/p ku...(syok kalau ada DSLR).
kelopak segar- Rabu/7.00am
2 kuntum putik bunga dalam gambar di atas dah pun kembang pagi tadi... bila banyak2 nampak cantik pulak... lepas ni nak alihkan semua 8 pokok terdiri dari 5 warna ke dalam satu pasu... namun ada satu yang tak tumbuh sampai sekarang... tak tau la warna apa yang tak tumbuh tu.
Cakap banyak2 pun tak guna kerana "a picture worth a thousand words". Jom layan gambar...
selasa-5pm..2 kuntum kembang


rabu 7.00am-4 kuntum mekar penuh
 dalam gambar di atas, saya alihkan pasu ini ke bawah... senang nak nikmati keindahan bunganya... pokok gladiolus agak tinggi... dalam anggaran 3 kaki lebih... separas pinggang kita jugak la untuk org tak berapa nak tinggi mcm saya ni..
waktu pagi kelopaknya cantik tersusun



setangkai bunga gladiolus pertama