Jom Diet Sihat

Rabu, 15 Ogos 2012

Limau Kasturi Batik/ Limau Bola/ Limau Tembikai

 


Limau Kasturi Batik - namanya saya dapat dari pengusaha nursery tempat saya beli pokok ni, di sg.buloh... apa yang membuatkan saya tertarik padanya ialah bau daun dan bunganya yang sangat harum.. pokok limau ni boleh membesar dan rimbun kalau ditanam di atas tanah. Di nursery tersebut saya lihat mereka tanam dalam pasu besar, pokoknya tinggi dan rimbun...bunganya tersangaaatttlah lebat... bau harum merebak dalam nursery... saya pon beli la sepokok... rm20- anak kecik yang belum berbuah.
buah lebat
pokok limau ini memang tidak mengecewakan. saya masih belum menukar pasu asalnya... tapi pokok ini sudah menyumbangkan banyak buah untuk kegunaan kami sekeluarga... boleh dikatakan, semenjak matang,
buahnya tak pernah putus.
pucuk baru keluar menggantikan daun rosak
 Daun dan buahnya sangat menarik mata yang memandang... jadi pokok ni boleh ditanam sebagai hiasan yang mendatangkan kasil. Buahnya sama seperti limau kasturi yang biasa...
bunga lebat mengharumkan laman belakang
Satu masa dulu, pokok ni diserang ulat bulu dengan teruk... semua buah berlubang... daun bergulung dan pokok jadi botak jadi makanan ulat. saya cuma kutip buang semua buah dan daun yang rosak... tinggal lah pokok jadi togel... tapi tak lama selepas itu dia pulih kembali... berbunga dan berbuah...

daun dan buah cantik

Terima Kasih Allah atas rezekiMu yang menyenangkan hati hamba ini...

3 ulasan:

  1. 'selamat hari raya, maaf salah silap'.
    cantik lah limau batik ni.
    mana benih nya? hehehe..kita masih menanti.

    BalasPadam
  2. bercorak buahnya. cantik. bunganya pun nampak besar-besar, saya punya limau kasturi pun sedang galak berbunga sekarang.

    BalasPadam
  3. Saya ada beli sepokok..sekarang tgh jinak2 cari ilmu..bgmana nak menjaganya...harap pokok saya sihat sentiasa..

    BalasPadam