Jom Diet Sihat

Isnin, 29 Oktober 2012

Tomato Terbalik Sudah Berbunga

Uiishh... Dah berbunga.. Seronok ada.. Terkejut pun ada... Pokoknya masih kecik lagi.. Adakah bunganya memang nak jadi buah atau berbunga akibat stress... Sesapa ada pengalaman dgn tomato boleh kongsi pengalaman tak.. Tak sabar nak tau...



Salad

Salad sebenarnya bukanlah pokok yang menjadi pilihan saya sngat pun untuk ditanam. Tak tau lah kenapa. Takde alasan. Saja je tak suka. Tapi bila dah berjaya dengan pokok salad ni.. Rasa seronok la pulak.
Benih salad ini saya dapat dari blog www.tanamsendiri.com. Benih lama dah...tersimpan dalam peti ais. Masa nak semai tu main campak je dalam bekas bersama spinach. Percambahannya sangat cepat. Hari kedua semai dah tumbuh.. Banyak anak pokok salad keluar.
Bila dialihkan.. Tak banyak anak pokok yang selamat. Semua cambahan yang ditanam di laman belakang kena serang. Siput la belalang la kucing la tikus la... Tapi alhamdulillah pokok di laman depan boleh survive dengan jayanya.
Pokok salad di laman depan ni ditanam dalam pasu bersama asiatic lili yang tak tumbuh2 sampai hari ini.. Ada juga dalam bekas tomato gantung.
Anehnya walaupun salad ni sama usianya..namun pembesarannya menunjukkan kelainan. Yang mana kena matahari pagi saiznya besar beza dgn yang lain.. Padahal pasu duduk sebelah menyebelah je...

dalam bekas gantung

ini paling besar...

ini paling bantut.. pokok yang nampak tu asiatic lili yang dok macam tu dah lebih 2 bulan

saiz sedang-sedang

cambaham salad

Rabu, 24 Oktober 2012

Misai Kucing dan Bena Putih

Tak lama dahulu..blog tanamsendiri.com ada menyatakan bena putih yang menyerang akar pokok.
Hal yang sama telah terjadi kepada saya.
Saya agak terkejut masa nak mengalihkan pokok misai kucing tersebut. Bila polibeg dikoyak..penuh dengan bena putih pada akarnya.
Bena menyerang akar kerana cuaca panas melampau. Depa pun tak tahan kot.

Penyelesaiannya saya semburkan ramuan campuran minyak masak dan cecair pencuci pinggan. Dah spray baru saya tanam kat patch.




Red Rubine Basil

Pengunjung yang rajin membaca tulisan saya tentu perasan yang saya sangat sukakan keluarga basil. Walaupun jarang digunakan dalam masakan... Saya tanam juga sebab sukakan aromanya dan rupanya..
Ini ialah koleksi terbaru basil di taman mini kami. Basil Red Rubine ini dibeli di Sungai Buloh Greenlane dengan harga RM8 sepokok.. Saya sendiri belum cuba bagaimana rasanya... Jadi tak tau ler..


Gerbera Daisy

Sejarah saya berkenalan dengan gerbera daisy adalah melalui filem hindi Hum Dil De Chuke Sanam.. Di mana bunga ini ialah bunga kegemaran heroinnya..

Masa tu saya tak tau namanya. Cuma mengagak ia dari keluarga daisy saja. Beberapa tahun kemudian..saya jumpa bunga ini dijual di Petaling Street sebagai bunga keratan. Dengan harga RM1 sekuntum... Sering juga saya jadikan bunga ini sebagai hiasan bilik.

Masa tu saya langsung tiada minat berkebun pun. Apa lagi pengetahuan tentang tumbuhan... Mungkin hanya 30% sahaja. Saya anggap bunga ini bunga import dari negara sejuk.

Sehinggalah saya jumpa jiran saya di sini. Bunga daisy peach mekar subur menghiasi taman depannya. Tak sangka... Bila berkunjung ke nursery berdekatan, bunga ini banyak dijual. Betapa ceteknya pengetahuan saya masa tu.. Hehehe..

Gerbera adalah sejenis bunga yang sangat tahan panas. Pokoknya juga lasak dan keupayaan untuk hidup sangat tinggi. Pokok gerbera tak perlu dimanja pun.. Cuma pastikan pokoknya diletakkan di kawasan yang mendapat cahaya matahari yang banyak supaya selalu menghasilkan bunga.

Daripada pengalaman saya.. Gerbera saya pernah berbunga sehingga 6 kuntum sekaligus untuk satu pokok. Masa tu saya gunakan compost tea buatan sendiri. Bunganya juga bersaiz besar.

Sekarang ni lama dah tak belai dia.. Tetap berbunga juga tapi bunganya bersaiz kecil dan bilangannya berkurang...





Selasa, 23 Oktober 2012

Portulaca / Kembang Pagi / Pukul 10

Pokok ini dikenali juga sebagai ros jepun, bunga kembang pagi dan juga pokok bunga pukul sepuluh. Terdapat banyak jenis.. Pelbagai warna dan saiz.. Yang saya tunjuk ini jenis bunga selapis dengan kelopak besar.

Pokok kembang pagi ini tak perlukan banyak air sangat. Senang nak jaga. Nak pastikan dia berbunga cuma perlu letak tempat panas...

Yang ini saya tanam dalam pasu gantung tapi masih belum digantung.. Alangkah indahnya membayangkan pokok ini ditanam sebagai tutup bumi..

Penanamannya juga teramatlah senang. Cuma perlu cucuk batangnya.. Sewaktu kecil saya perasan pokok ini menghasilkan benih. Hitam halus seakan benih petunia. Tapi sekarang tak pula jumpa benihnya.. Agaknya pokok hybrid kot..

Saya tak pasti tentang perosak. Di laman saya ada banyak belalang dan siput yang selalu kendurikan anak pokok sayur...tapi setakat ini pokok ni depa tak usik. Cuma jangan terkejut banyak koleksi kembang pagi saya mati diserang bena putih di bahagian akarnya masa cuaca panas dulu..



Isnin, 22 Oktober 2012

Cambahan Benih

Dalam satu dulang semaian... Macam macam ada.. Ada Tomato Balcony Red, lobak putih, florence fennel, dan kailan OP...
Tomato ini saya beli online. Dah lebih setahun. Dulu dah tanam tapi tak membesar. Kali ni cuba lagi.. Harap berjaya. Menurut penerangan pada peket benih, pokok ini jenis renek dengan buah kecil dan lebat. Sangat sesuai untuk ditanam dalam pasu.
Florence fennel pula dari diana kebunbahagiabersama, kailan dari tuan is tanamsendiri, dan lobak putih daripada sahabat suami..
Alhamdulillah cambahan sangat cantik dan elok. Setakat ini.. LObak putih sudahpun dialihkan ke dalam bekas gabus di laman depan  dan belakang. Seperti biasa separuh dah pun jadi santapan siput.

lobak putih dalam gabus.. pun ada vinca...zinnia dan tomato

tomato, florence fennel dan kailan. yang dah kosong tu bekas lobak putih, yang tak tumbuh lagi tu daun sup..

Perosak : Ulat Beluncas

Pagi Khamis lalu... Tiada apa yang lain di taman depan rumah saya. Jumaat...balik dari tempat kerja seperti biasa saya akan membelek pokok dulu. Terkejut besar bila vinca gantung cuma tinggal ranting dan pasu sahaja. Dah pasti dah mesti angkara ulat hijau ni. Dulu geng depa menyerang vinca di sekolah. Sekarang kat umah pun depa mai noo...
Tengoklah betapa gebunya dia....
Sebenarnya saya tidaklah susah hati sangat pasal vinca ni..sebab dia akan bertunas dan kembali seperti asal dalm masa 2 minggu je...

gebunyaaa diaaa

botak daun

nampak comel... dan juicy

Perosak: Black Aphid

Musim hujan berpanjangan menjadi alasan saya tidak menjenguk laman belakang. Pokok tak perlu disiram.. Tapi saya lupa...siram bukanlah kerja tunggal seorang pekebun.
Ahad lalu saya terkejut melihat pokok kacang panjang renek diserang aphid hitam. Aphid sama yang sering menyerang rosemary dan basil di laman saya..
Lebih menggelikan aphid ini kelihatan sangat aktif merayap keliling pasu dan ranting pokok kacang. Kalau aphid hijau tu selalunya mereka dok diam je kat ranting.
Rupanya juga lebih menakutkan...dengan bulu halus seperti berduri di atas belakang dan tepi perutnya. Kalau aphid hijau tu nampak lebih comel..hehe.
Solusinya... Saya semburkan dengan campuran dua sudu minyak masak dan glo pencuci pinggan. Campuran bahan ini dikatakan menyumbat liang pernafasannya lalu membunuh aphid ini. Memang sangat berkesan dan sangat mudah. Hari ini... Lebih daripada separuh sudah hilang. Saya sembur lagi pada yang masih melekat degil tu... Insyaallah... Semoga Kacang panjang renek saya masih boleh diselamatkan..walaupun pokoknya dah agak tua.

aphid bertindih2 sesama mereka..

geliii... jahattt

Rabu, 17 Oktober 2012

Tomato Terbalik / Topsy Turvy Tomato

Hasil daripada meng'google'... Saya bertemu dengan satu kaedah menanam tomato. Memang sesuai untuk petani separuh masa yang terhad ruang..

Saya gunakan bekas cat yang ditebuk lubang. Boleh tebuk sisi atau bawah.. Saya tebuk sisi untuk tanam... Tebuk bawah untuk aliran air keluar. Tong cat ni agak keras jadi saya panaskan pisau kecil lalu tebuk... Sekiranya pembaca di bawah umur...anda perlukan pengawasan darpada ibubapa.

Dibahagian atas bekas saya tanam dua pokok salad sebagai penanda sekiranya tanah kering...dalam masa yang sama memaksimumkan pengunaan ruang dan tanah.

Bekas tersebut saya gantung dengan dawai orkid menggunakan kaedah panaskan dan cucuk juga. Sebab bekas agak berat. Tangkai tong cat tak dapat menampung berat.

Sebelum ini..saya tidak pernah berjaya dengan tomato. Saya harap teknik kali ini berhasil.




Ros Kampung

Ros kampung paling senang dan serasi dengan cuaca tempat kita. Nak dibandingkan dengan ros lain...ros kampung memang kalah dari segi rupa... Namun apa la sangat yang dipandang pada rupa kan... Pada pandangan rakan sekalian.. Apa kelebihan ros kampung yang kalian suka...


Selasa, 16 Oktober 2012

Kegagalanku~ Asiatic lily

Bulb asiatic lili ini saya beli dari e-bay. Harganga boleh tahan jugak la mahalnya...
Sampai je bulb ini di rumah.. Saya terus tanam. Masa tu bulb dah pun bercambah sepanjang lebih kurang 10cm...
Pada peringkat awal..bulb menunjukkan percambahan yang begitu mengujakan hati saya. Tonjolan daun hijau yang menolak tanah sangat mendebarkan. Seterusnya cambahan terus keluar setinggi 2 inci.

Ketika inilah cerita bahagia bertukar sedih. Putik bunga keluar..alamak.. Pokok masih kecil tapi berbunga menandakan stress ... Itulah Kata diana dari kebunbahagiabersama. Selepas tu putik bunga dan pucuk mereput.

Kesilapan saya ialah lambat mengorek semula bulb ini. Bila dikorek...banyak scales nya yang dah busuk. Bulb mengecil..

Apa yang saya buat ialah basuh dan tanam semula bulb tersebut. Tanah pun ditukar baru. Tapi sampai sekarang belum juga tumbuh. Mungkin agak memakan masa sebab bulb dah kecik..nak recover balik dari kesakitan lampau.. Wish me luck..





Temupauh Ulam Kegemaran

Temupauh atau temumangga atau kunyit putih mendapat nama daripada aromanya yang seakan mangga muda. Khasiatnya pula dikatakan baik untuk pelawasan.. Meningkatkan selera makan.. Mengecutkan rahim.. Membuang angin.. Dan mengurangkan panas badan.. Ada juga yang mendakwa temupauh ini mempunyai khasiat anti kanser. Sejauh mana kebenarnnya..saya sendiri tak pasti.
Temupauh merupakan ulam kegemaran kami sekeluarga. Rasa dan aromanya tak dapat saya ceritakan. Nak makan sebagai ulam...saya tuai semasa ubi rizomnya masih muda. Caranya tengok daunnya klau ada satu atau dua helai daun yang tunjukkan tanda kekeringan..cepat cepat tuai. Kalau tunggu daun kering sangat nanti rizomnya tua. Satu lagi cara ialah korek pangkalnya dan periksa sendiri..
Rizom muda berwarna putih kekuningan seperti dalam gambar di bawah. Kalau dah tua..temupauh boleh juga dibuat jeruk. Hiris nipis dan jeruk dalam cuka. Sedapp...

dalam keterujaan menuai..lupa pula nak ambil gambar pokok dan daunnya... tunggu tahun depan la pulak.

hasilnya

sedia dimakan

Pelargonium / Geranium

Kemeriahan kembangnya bunga geranium dalam katalog benih telah menarik hati saya. Membuatkan saya order benih tersebut. Harganya agak mahal bila ditukar kepada RM. Dalam Rm15 untuk 6 biji benih yang sangat kecil. Sudahnya..semua tak bercambah. Silap saya. Tak buat research dulu. Over excited.
Kunjungan ke CH menemukan saya dengan bunga ini. Rm10 je sepasu. Pelargonium dan geranium adalah dari keluarga sama. Kalau tak salah fakta saya ni(sila check ngan google).. Pelargonium adalah jenis geranium yang tahan panas. Tak perlukan banyak air..atau batang dan daunnya akan busuk.. Memang betul... Semasa hujan berterusan baru2 ni daun jadi kuning semuanya. Bila cuaca agak panas...bunga ini mengeluarkan bunga yang agak banyak.. Walaupun tidak sebanyak di tempat asalnya.

daun masih kuningakibat hujan lebat

masa baru balik dari cameron dulu...

Bunga Matahari

Kembangnya bunga matahari ditaman saya tidaklah membanggakan sangat seperti rakan lain. Hal ini kerana pokoknya tidak membesar di tangan saya tetapi di Sungai Buloh. Hehe.. Saya beli pokok yang dah berputik. Balik 3 hari bunga pertamanya kembang. Sempat juga saya tuai benihnyA. Tak banyak pun benih yang bernas. Kemudian saya biarkan putik2 sisinya membesar. Alhamdulillah... Kembang juga walaupun tidaklah sebesar bunga sulung.. Bunga ini hanya ditanam dalam polibeg. Tapi bunganya agak besar. Mungkin segala keperluan dijaga rapi.. Seronoknya kalau dapat tanam bunga matahari sebagai pagaran rumah. Mcm puteri purnama buat...

kembang separuh je...kuntuman  ke-5 - terbaru

bunga sulung

Khamis, 11 Oktober 2012

Ros.. Petunia.. Vanda

Antara bunga yang mekar di laman depan sekarang...

Ros yang tak pernah gagal berbunga... Tapi kuntuman kali ini lebih menyerlah sebab banyak... Selepas gambar ini diambil..masih banyak bunga yang keluar.. Saya kira dalam 20 kuntum... Rahsianya.... Tiada rahsia antara kita... Saya letak baja ros yang macam tablet tu.. Beli kat pasaraya. Khusus untuk ros.

Petunia ini pula beli untuk raya hari tu.. Masih elok mekarnya. Tunggu masa yang sesuai untuk cantas...

Vanda ungu selepas 10 bulan... Beli di pesta orkid disember 2011. Hanya selepas 10 bulan menanti..bunganya keluar menjenguk kami.. Tapi memang berbaloi menunggu..
Kembangnya vanda ungu ini benar-benar menceriakan laman depan kami..




Markisa Sudah Berbuah

Sejak bunga pertamanya gugur beberapa bulan lepas... Saya jarang menjengul pokok ini. Paksu saja yang mengambil alih membaja dan menyiram. Tiba tiba terdetik hati nak menjengah sang markisa...terkejut bukan kepalang sebab pokoknya ditenggelami pokok kacang botor dan sengkuang yang memonopoli pagar.. Tapi saya tengok..bunga markisa banyak yang kembang... Terus juga mata menangkap sebiji markisa yang hampir mencecah tanah.. Alhamdulillah. Rupanya ada tiga biji dah..paksu yang beritau...saya tak nampak pun.. Terima kasih Allah...

buah markisa yang masih muda..(maaf gambarnya terbalik post guna blogger droid, tiada function utk rotate)

bunga belum kembang

yang ini dah kuncup...ada rezeki jadi la buah..insyaallah

hampir tak nampak pokok markisa..kena buli dek pokok sengkuang dan kacang botor

Rabu, 10 Oktober 2012

Menuai Kunyit

September 2012...kali kedua saya menuai kunyit yang ditanam dalam bekas gabus putih. Kali ini saya tanam dalam bekas yang sama...cuma ditambahkan dengan baja tahi ayam.
Lelbih kurang 8 bulan..pokok kunyit menunjukkan tanda sedia untuk dituai.. Daun menjadi kering(rujuk gambar dibawah..).
Saya cabut pokok dan seronok dan puas dan sangat teruja melihat kunyit keemasan keluar dari tanah. Walaupun isinya tak banyak untuk sepokok..namun gemuk-gemuk belaka. Satu bekas gabus menghasilkan satu besen kecil kunyit. Saya kira cukup untuk kegunaan kami sekeluarga selama 4 hingga ke 5 bulan.
Kunyit hidup enak digunakan dalam masak lemak cili api... Gulai kunyit lengkuas.. Ikan pindang.. Asam pedas kelantan.. Rendang... Nyum..nyum

inilah hasilnya

segar dari laman belakang

daun kunyit yang kering menandakan sedia untuk dituai

isinya gemuk... masih muda..