Jom Diet Sihat

Khamis, 11 Oktober 2012

Ros.. Petunia.. Vanda

Antara bunga yang mekar di laman depan sekarang...

Ros yang tak pernah gagal berbunga... Tapi kuntuman kali ini lebih menyerlah sebab banyak... Selepas gambar ini diambil..masih banyak bunga yang keluar.. Saya kira dalam 20 kuntum... Rahsianya.... Tiada rahsia antara kita... Saya letak baja ros yang macam tablet tu.. Beli kat pasaraya. Khusus untuk ros.

Petunia ini pula beli untuk raya hari tu.. Masih elok mekarnya. Tunggu masa yang sesuai untuk cantas...

Vanda ungu selepas 10 bulan... Beli di pesta orkid disember 2011. Hanya selepas 10 bulan menanti..bunganya keluar menjenguk kami.. Tapi memang berbaloi menunggu..
Kembangnya vanda ungu ini benar-benar menceriakan laman depan kami..




12 ulasan:

  1. suka la vanda tu, spesis orkid jugak ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya mat jon..spesies orkid yang tak perlukan arang atau medium.... dia suka akar dia bebas... harganya boleh tahan...lama pulak tu nak berbunga.. tapi puas hati...bunganya besar2... dah hampir 2 bulan kembangnya masih elok lagi..

      Padam
  2. salam
    cantik benar warna ros ini, orkid dan petunia..benar benar jatuh hati.kalau dah cukup ilmu tentang orkid, nak tanam orkid juga.
    Tahniah puan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pokok pertama saya ialah orkid... 3 pasu orkid pemberian kawan... tanpa ilmu... saya siram je tiap hari... lama2 kita tahu la... jom tanam orkid... bunganya tahan lama..jambaknya banyak..warnanya ceria..

      Padam
  3. assalamualaikum.. :) singgah tengok bunga mekar kat sini.. jamu mata di pagi jumaat nan indah..
    lawoooonya... lama tunggu baru berbunga ye.. tengok bunga mekar ni sejuk je hati kan.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikummussalam... jom ler jamu mata... menenangkan hati.. petang2 mesti nak belai2 depa ni...

      Padam
  4. Wah macam-macam koleksi penyeri di depan rumah. Purple I like!

    BalasPadam
  5. Salam...sejuk je mata tengok pokok2 kamu tang orkid tu yg x boleh tahan tu mengancam betul :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam... terima kasih ct noarizah aris... mengancam takpe...jangan terancam atau ancaman je.. hehe

      Padam