Jom Diet Sihat

Rabu, 17 Oktober 2012

Tomato Terbalik / Topsy Turvy Tomato

Hasil daripada meng'google'... Saya bertemu dengan satu kaedah menanam tomato. Memang sesuai untuk petani separuh masa yang terhad ruang..

Saya gunakan bekas cat yang ditebuk lubang. Boleh tebuk sisi atau bawah.. Saya tebuk sisi untuk tanam... Tebuk bawah untuk aliran air keluar. Tong cat ni agak keras jadi saya panaskan pisau kecil lalu tebuk... Sekiranya pembaca di bawah umur...anda perlukan pengawasan darpada ibubapa.

Dibahagian atas bekas saya tanam dua pokok salad sebagai penanda sekiranya tanah kering...dalam masa yang sama memaksimumkan pengunaan ruang dan tanah.

Bekas tersebut saya gantung dengan dawai orkid menggunakan kaedah panaskan dan cucuk juga. Sebab bekas agak berat. Tangkai tong cat tak dapat menampung berat.

Sebelum ini..saya tidak pernah berjaya dengan tomato. Saya harap teknik kali ini berhasil.




11 ulasan:

  1. ala tunjukla step by step ... akak ni blurr pulak..

    BalasPadam
  2. oooo.. ada teknik mcm tu.. cer tunjuk skali.. boleh gak tambah ilmu.. :)

    BalasPadam
  3. terbalik? tanah x tumpah? (soalan blurr..)

    BalasPadam
  4. teringin nak buat jugak tapi malas nak buat tempat gantung..hehe

    BalasPadam
  5. macam mana rupanya tu? tunjuk le cara

    BalasPadam
  6. banyak betul permintaan nak tunjuk cara... insyaallah lepas ni saya buat sekali lagi tunjuk step by step..

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum..banyak info & tips berguna dpt dr sini. paling suka tengok bunga2, bukan semua org serasi tanam bunga ni..esp saya. Izinkan saya link ke blog saya ya..maceh banyak2 :))

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat datang...terima kasih atas kunjungan... datanglah lagi..

      Padam
  8. Menarik sungguh idea ni. Saya pun lama nak cuba cuma tak de tempat nak gantung je sekarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya gantung kat rangka awning..hehehe.. harap2 jangan roboh awning tu sudah..

      Padam
  9. he he saya pun guna cara panaskan pisau mentega untuk tebuk bekas cat...kenapa tomato terbalik lebih baik? Kenapa cara penanaman biasa tomato tak berjaya?

    BalasPadam