Jom Diet Sihat

Selasa, 16 Oktober 2012

Kegagalanku~ Asiatic lily

Bulb asiatic lili ini saya beli dari e-bay. Harganga boleh tahan jugak la mahalnya...
Sampai je bulb ini di rumah.. Saya terus tanam. Masa tu bulb dah pun bercambah sepanjang lebih kurang 10cm...
Pada peringkat awal..bulb menunjukkan percambahan yang begitu mengujakan hati saya. Tonjolan daun hijau yang menolak tanah sangat mendebarkan. Seterusnya cambahan terus keluar setinggi 2 inci.

Ketika inilah cerita bahagia bertukar sedih. Putik bunga keluar..alamak.. Pokok masih kecil tapi berbunga menandakan stress ... Itulah Kata diana dari kebunbahagiabersama. Selepas tu putik bunga dan pucuk mereput.

Kesilapan saya ialah lambat mengorek semula bulb ini. Bila dikorek...banyak scales nya yang dah busuk. Bulb mengecil..

Apa yang saya buat ialah basuh dan tanam semula bulb tersebut. Tanah pun ditukar baru. Tapi sampai sekarang belum juga tumbuh. Mungkin agak memakan masa sebab bulb dah kecik..nak recover balik dari kesakitan lampau.. Wish me luck..





4 ulasan:

  1. wah sayang nya.Tak apa boleh hidup lagi tu.

    BalasPadam
  2. Kalau dah berbunga lepas tu mati bunganya, biarkan daunnya naturally mati masa ni kurangkan air siram dan dah mula tua daunnya stop menyiram supaya bulbnya tak reput. Cantas bunganya yang dah layu tua tu. Supaya pokok boleh fokus kumpul energy kembali ke bulbnya untuk next planting season.

    BalasPadam