Sejak bunga pertamanya gugur beberapa bulan lepas... Saya jarang menjengul pokok ini. Paksu saja yang mengambil alih membaja dan menyiram. Tiba tiba terdetik hati nak menjengah sang markisa...terkejut bukan kepalang sebab pokoknya ditenggelami pokok kacang botor dan sengkuang yang memonopoli pagar.. Tapi saya tengok..bunga markisa banyak yang kembang... Terus juga mata menangkap sebiji markisa yang hampir mencecah tanah.. Alhamdulillah. Rupanya ada tiga biji dah..paksu yang beritau...saya tak nampak pun.. Terima kasih Allah...
buah markisa yang masih muda..(maaf gambarnya terbalik post guna blogger droid, tiada function utk rotate) |
bunga belum kembang |
yang ini dah kuncup...ada rezeki jadi la buah..insyaallah |
hampir tak nampak pokok markisa..kena buli dek pokok sengkuang dan kacang botor |
hehehe.... baru je malam tadi tanya pasal markisa, hari ni dah ada entry baru pasal markisa dan dah berbuah lak tu tahniah...
BalasPadamberapa lama ye markisa ni nak berbuah sulung?
kalau menurut blog tanamsendiri.com, dari bercambah benih hingga ke berbuah, makan masa 6 bulan paling cepat... pokok saya ni agak dalam 10 bulan juga. saya beli anak pokok yang kecil... kalau nak senang, beli je anak pokok yang dah berbuah...
Padamooo lama jugak ye. saya punya pokok rasanya dah 2 bulan. kalau nak beli yang dah berbuah kat nursery mana yang ada jual ye? tak pernah jumpa lagi.
Padamselalunya kalau ada ekspo atau pameran pertanian baru jumpa... kat nursery biasa tempat saya ni tak de pun jual.
PadamMarkisa : Jus Segar / Buah Segar / Anak Benih. Sila hubungi 012-4448234 (Pembekal di Butterworth, Pulau Pinang, Malaysia) 12-1-2013
Padamrezeki di celah celah daun..bunga yang nak kembang tu bunga markisa ke?
BalasPadamya itu bunga markisa.. bukan nak kembang tu... itu dah kembang semalam dia dah kuncup... jika menjadi, putik buah akan terbentuk dalam kelopak bunga yang dah kuncup tu. kalau tak, kelopak bunga akan gugur.
Padam