Jom Diet Sihat

Ahad, 22 September 2013

Atasi Masalah Lalat Buah

Salam sejahtera semua pengunjung blog tangan panas-panas sejuk. Dah lama tak poskan tulisan di sini. Kali ini saya nak berkongsi masalah pokok cili dan terung yang diserang lalat buah. Teruk dikerjakan mereka. Segenggam cili bara terpaksa dibuang begitu je. Terung pun sama. Bukan pokok saya je.. pokok cili jiran pun kena. Ishh... tak leh jadi ni.. semalam saya singgah kedai racun tanaman... kononnya nak beli yang macam tuan is jual tu. Yang jenis gantung dalam botol mineral tu kan... tapi tauke kedai syorkan jenis spray... lagi senang katanya. Harganya pun cuma rm7. Botol sebesar botol ridsect kecik tu.
Balik je rumah...terus spray pada botol mineral.. gantung... dalam masa 20 minit je... hampir 15 ekor melekat kat botol tu... petang tu cek lagi.... huuuuu punya la banyakkk... patut la pokok cili saya rosak teruk. Agaknya sekarang memang musim membiak kot...

Sabtu, 17 Ogos 2013

Daun Tomato Bergulung

Di awak pertumbuhannya.. tomato king kong ini amat mendebarkan hati saya... daunnya subur hijau.. pertumbuhannya juga sangat cepat... saya tertunggu tunggu masa berbunganya... yang sedihnya bila bunga keluar.... daunnya mula jadi bergulung... mcm kering tapi tanah tak kering pun...aduuuuhh... tension betul la makcik.... nak buat macam mana ye.

Sabtu, 10 Ogos 2013

Terung Bulat Dalam Pasu

Anak pokok terung ini dibeli dari nursery berdekatan rumah. Mengikut labelnya...saya ambil terung panjang ungu... terung panjang hijau dan terung bulat. Tapi bila berbuah semuanya bulat. Hmmm salah label la tu.
Tiga pokok terung dalam pasu dapat membekalkan buah yang sangat memuaskan hati. Bukan saja dapat makan kami sekeluarga...malah dikongsi juga dgn tiga jiran secara bergilir. Puas makan. Buat pajeri.. masuk dalam kari.. dicelur... dibakar... dibuat dalca.. dimasak sambal tumis... masak lemak putih enak  tak terhingga. Manisnya terung tanam sendiri ni memang lazat.

Ahad, 30 Jun 2013

Kohlrabi~Vienna Purple

Daripada secubit yang ditabur terus dalam bekas gabus...hanya 2 yang survive.. tapi hanya 1 je yang berisi.. cubaan pertama dengan kohlrabi... Mcm mana keputusannya nanti tak tau la pulak.. Harap harap ada la rezeki nak merasa sayur kohlrabi ni.
INSYAALLAH...

Cili Cayenne

Benih cili ini diperoleh daripada Kebun Bahagia Bersama.. buahnya lebat...pokoknya pula renek tapi rendang. Seronok tengok pokok ni. Buat hiasan pun cantik.. Tapi buahnya tak pedas sebagaimana yang diceritakan oleh Diana KBB.. Buahnya lebih manis dari pedas.. takpe la..janji cantik.

Khamis, 13 Jun 2013

Hydrangea Yang Tak Mahu Berbunga

Pokok bunga hydrangea ni dah menghuni laman saya lebih dari 3 tahun. Peliknya tak mahu berbunga langsung. Baja organik..baja kimia semua dah suap. Serbuk kopi pun saya turut jadikan baja kononnya pokok yang degil pun akan mekar dengan serbuk kopi. Akhirnya saya pindahkan pokok ni dari laman rumah ke laman sekolah. Cuba tanam atas tanah pulak. Mana la tau..bila berubah angin dan suasana...rajuknya hilang.

Rabu, 1 Mei 2013

Laman Makcik

Minggu lepas berkesempatan pulang ke kampung atas suatu urusan. Bila terkenangkan laman rumah kampung yang luas terbentang tanahnya,  eiii cemburunya.. Malangnya kadangkala ada sahaja halangan untuk bertani ni. Makcik ada ruang dan termasuk dalam golongan bertangan sejuk... kekangannya adalah masa. Demi menguruskan anak bersekolah dan suami yang diserang angin ahmar, dia tak berupaya nak mengerjakan tanah yang luas tu.

Namun masa luang yang ada tetap diguna untuk tanam beberapa beg hitam pokok cili jenis putih, terung, pegaga dan sepokok mahkota dewa. Dalam besen semaian masih ada cambahan petola dan timun. Paling geram tengok pokok pegaga kampung yang subur menghijau. Sebenarnya tempat tanam pegaga tu adalah tempat lubang keluar air mandi bilik air.. maklum sajalah kelembapan dan baja semulajadinya...

Apapun jom la layan gambar kebun mini makcik saya.

Isnin, 29 April 2013

Bendi Hujung Nyawa

Pokok bendi dalam bekas gabus hidup dengan suburnya. Malangnya proses pembesarannya tak dapat dikongsi kerana gadjet yang digunakan untuk merakamkan dan menerbitkan tulisan masuk icu hampir 2 minggu. Hehehe. .. Benih bendi ini dibeli di pasaraya. Buah awalnya besar giler tapi tetap lembut. Bila dah sampai hujung nyawa ni biasalah... buah makin mengecil.

Selalunya saya tuai bendi 3 hari sekali. Sekali tuai dapatlah 3 atau 4 biji. Celur buat ulam sedap, masuk dalam kari pun sedap. Tapi awas...Sehari terlewat petik je bendi boleh terus jadi tua.

Apa apapun..puas hatilah sangat dengan bendi ni.

Tuaian Hari Ini

Laman rumah kami ditinggalkan selama 4 hari kerana tuan laman balik kampung di Kelantan. Balik rumah gembiranya tengok banyak pokok di laman mengeluarkan hasil. Petang tadi terus saya kutip. Terung bulat dua biji..bendi banyak dah tua..kutip la jugak.. cayenne chilli benih dari kebunbahagiabersama.. peria sebiji.. dan paling seronok dapat bunga kunyit.

Alhamdulillah.

Rabu, 27 Mac 2013

Pokok Pandan Jauh Ke Belakang

Tak ada apa yang istimewa pun tentang pokok pandan ni. Cuma bila tanam dalam pasu macam ni nampak cantik la pulak. Lepas tu bila dah cantik sayang la pulak nak petik daun dia. Hehehe..

Nampaknya nak kena tanam lagi satu pasu. Khas untuk dipetik. Yang cantik untuk display only. Boleh tak mcm tu.


Ahad, 24 Mac 2013

Belalang Oh Belalang

Selalunya kalau jumpa belalang cuma dua atau seekor sahaja. Tapi kali ni berpuluh ekor belalang kecil sedapnya menyantap daun bendi. Agaknya baru menetas ke tak tau la. Geram betul. Sempat juga ditangkap dua belas ekor. Yang sempat dirakamkan gambarnya yang ini je la. Lepas habis sesi photoshoot..dia pun arwah.. Sorry ye. Nothing personal.



Khamis, 21 Mac 2013

Keladi Mini

Saya tak tau nama khas keladi ni. Panggil je keladi mini. Sebab kecik je daunnya. Asalnya diberi jiran depan rumah. Masa tu ada faun dua helai dan ubi sebesar kelingking Shafirul.
Rupanya nak kena tempat separa panas. Tegok la daunnya berlumba naik. Cantik juga dibuat hiasan meja. Tapi bila letak dalam rumah...dia macam nak mati sebab tak cukup cahaya. Jadi pindah balik ke luar. Nanti kalau raya esok..pindah masuk dalam rumah oulak kejap.


Rabu, 20 Mac 2013

Peria Katak

Senangnya dalam hati..
Peria dah berbunga..
Seperti dunia...
Ana yang punya..

Pokok peria sebenarnya cantik juga dibuat tanaman hiasan. Sebab daun..bunga dan buah semuanya menarik.
Tengok la dia memanjat tingkap.




Ahad, 17 Mac 2013

Antara Dua Matahari

Sebenarnya tanam banyak benih matahari dalam bekas panjang ni. Tapi yang survive cuma dua. Satu kalau tak silap jenis giant yang dibeli dari blog tanamsendiri. Dan satu benih dwarf sunflower.

Benih giant tu kepalanya kembang agak besar jugalah tapi kelopaknya jarang jarang dan kurus.
Satu lagi pokok tumbuh rendah je. Lebih kurang 2 kaki je. Bunganya pun kecik berbanding giant tu. Tapi saya suka sebab kelopaknya berlapis dan agak tebal.
Kesimpulannya lepas ni saya akan tanam lagi dwarf sunflowers.



Isnin, 11 Mac 2013

Bendi ~ Pertumbuhan

Jika dilihat dalam gambar...nampak perbezaan yang sangat ketara antara 4 bekas tanaman bendi. Puncanya ialah cahaya. Setelah dianalisis(cuih..analisis la sangat)... Bendi yang bersaiz besar mendapat cahaya pagi sampai lewat petang. Bekas lain pula dapat cahaya pagi sampai tengahari je. Cahaya petang terlindung dek pokok..pasu dan bangunan.


Ahad, 24 Februari 2013

Lagi-lagi Kemuning

Eh...kemuning berbunga lagi? Rajin sungguh awak ye cik kemuning. Walaupun tak lebat mcm minggu lepas...jadi ler buat penyeri laman..



Jumaat, 22 Februari 2013

Wajah Baru

Sebelum ni laman jiran kelihatan agak semak dengan pokok tomato..dan rumpai yang naik lebih subur dari pokok. Cuti hujung minggu lalu saya kemaskan semula laman jiran untuk ditanam dengan pokok lain pula. Pokok tomato yang ada masih menghijau dan berbunga tapi tak produktif hasilkan buah. Saya semai bendi, salad green parade dan purple kohlrabi.

Saya letakkan kulit telur sebagai mulching untuk elakkan siput. Tapi mulching tak cukup tebal lagi tu. Nak kena tambah lagi. Setakat hari ni..cambahan masih selamat. Syukur alhamdulillah.



Khamis, 21 Februari 2013

Budiku Terbalas

Kali pertama berjaya menuai sayuran hijau. Sukanya tak terkira. Walaupun tidaklah sehebat kailan atau sawi di pasar..tapi perasaannya tak boleh digambarkan dengan kata kata..

Di sini saya ingin berkongsi ramuan campuran tanah bagi kejayaan sawi dan kailan saya buat pertama kali.
GARDEN SOIL + PEATGRO CONDITIONER + GUANO (baja tahi kelawar) + CAHAYA 8 JAM..

saya perhatikan pasu yang mendapat cahaya kurang... Pertumbuhannya agak perlahan. Sawi dan kailan kecik. Terutamanya si kailan. Bila ubah pasu ke tempat panas..terus membesar dgn jayanya.Jangan miss bagi air pulak( aku ler tu).  Inilah kelebihan tanaman dalam bekas ni..



Rabu, 20 Februari 2013

Ros Lagi

Posting tentang ros lagi. Nampaknya sekarang mood ros berbunga lebat kot. Ros di laman depan rumah ni pun berbunga lebat. Agaknya cuaca yang panas diselang seli hujan lebat disukai ros. Ros ini tak de letak baja pun sekarang. Dulu ada jugak letak baja mcm tablet khas utk ros.. Memang meletup bunga dia keluar.. Kali ni tak boh baja pun meletup jugak..hehe..




Selasa, 19 Februari 2013

Kailan - Sedia Untuk Dituai?

Saya tak ada pengalaman dengan kailan. Ikhlas cakap ini pengalaman pertama dgn kailan. Melihat kepada saiz daun..nampak kecik je berbanding yang kita tgk kat pasar... Atau perlukah tunggu dia keluar bunga sikit baru tuai? Sesiapa boleh bantu?


Isnin, 18 Februari 2013

Cili Cayenne

Pokok cili cayenne dah masak ranum sebiji.. Saja biarkan kering di pokok. Hajat di hati nak simpan untuk benih. Sepaket benih dari blog kebunbahagiabersama semuanya disemai. Namun biasala...banyak anak pokok kecundang angkara siput. Ada 3 pokok yang selamat.. Tapi tak seindah disangka pun. Yang ada ni pun mcm tak sihat je. Daun jadi kerinting dan kecil...serta pokok jadi bantut. Tapi mahu juga depa berbunga dan berbuah. Alhamdulillah...



Khamis, 14 Februari 2013

Ros Oh Ros

Dua pasu pokok ros ini adalah antara penghuni laman yang paling awal dipindahkan demi merealisasikan laman dapur di rumah saya.. Memang tak dinafikan semua ros di rumah saya agak rajin berbunga. Ros merah hati dan kuning ini pindah ke laman sekolah. Saya sikitpun tak rasa sedih. Sebab...mereka dapat penjaga yang sayangkan mereka. Tengok ajelah pokoknya...kan gembira berbunga tuu.. Selain itu,saya masih boleh menikmati keindahannya setiap hari kan. Tak yah susah-susah. Hehehe.. Kat rumah ni masih ada dua pokok ros. Simpan jugak...sebab ros bunga kesukaan ayahanda saya.




Rabu, 13 Februari 2013

My Mini Container Garden

Ada beberapa orang teman dan pengunjung blog yang bertanya.. besarkah laman saya. Macam-macam pokok tanam.
Sebenarnya laman saya sangatlah sempit. Saya bahagikan laman saya kepada tiga bahagian. pertama Laman Depan, kedua Laman Belakang dan ketiga Laman Jiran. Setiap laman boleh memuatkan lebih kurang 6 hingga 8 buah pasu.

Di sinilah tempat saya bereksperimen dan bersantai. Saya suka mencuba sesuatu tanaman. Jadi saya tanam pelbagai. Ada sepokok atau dua pokok setiap jenis.. Tapi sekarang ni rasanya nak ubah cara la pulak.

Dulu banyak tanam pokok bunga..tapi saya nak cuba tukar konsep kepada edible garden pulak. Lepas ni saya nak cuba tanam sejenis atau dua jenis sayur dalam satu masa. Biar puas bila menuai nanti.

Banyak pokok bunga dah diagihkan kepada rakan dan jiran. Tunggu masa nanti nak tukar sepenuhnya kepada pokok sayur.





Selasa, 12 Februari 2013

Ulat Kailan

Baru je nak bergembira tengok pokok kailan semakin besar... semalam tgk daun semua rongak. bila dibelek..jumpa la cik cik ulat ni lena tak bergerak pun. agaknya depa makan waktu malam kot. Bahagian pucuk yang diserang ulat saya buang. Harapnya kailan boleh meneruskan pertumbuhan yang baik. teringat kata penulis blog tanamsendiri.com 'kailan kedai enak... kailan tanam sendiri lagi enak'.




Khamis, 7 Februari 2013

Kailan Membesar

Benih ini adalah benih Kongsi blog tanamsendiri tahun lepas... Baru tahun ni nak tanam. Alhamdulillah benih masih elok. semua bercambah. Tapi tak semua survive.. ada yang jadi habuan siput.. belalang.. ulat... harapnya yang ini sempatlah jadi habuan tukang tanam pulak.