Jom Diet Sihat

Khamis, 14 Februari 2013

Ros Oh Ros

Dua pasu pokok ros ini adalah antara penghuni laman yang paling awal dipindahkan demi merealisasikan laman dapur di rumah saya.. Memang tak dinafikan semua ros di rumah saya agak rajin berbunga. Ros merah hati dan kuning ini pindah ke laman sekolah. Saya sikitpun tak rasa sedih. Sebab...mereka dapat penjaga yang sayangkan mereka. Tengok ajelah pokoknya...kan gembira berbunga tuu.. Selain itu,saya masih boleh menikmati keindahannya setiap hari kan. Tak yah susah-susah. Hehehe.. Kat rumah ni masih ada dua pokok ros. Simpan jugak...sebab ros bunga kesukaan ayahanda saya.




2 ulasan:

  1. cantik dan segar pokok rosnya..yang kuning tu agak merimbun.. kalau kerap di cantas tentu lebih cantik rimbunya…yg merah tu teksturnya macam baldu… daunnya elok hijau..

    BalasPadam
  2. Wah cantiknya dan banyak betul bunganya.

    BalasPadam