Jom Diet Sihat

Isnin, 4 Februari 2013

Pemulihan Orkid

Cuaca di utara perak kebelakangan ini memang panas terik. Pukul 10 pagi bahangnya seperti pukul 12 tengah hari. Kalau jemur baju...dua jam dah kering rangup dah.

Yang kesiannya pokok orkid la. habis daun jadi mcm terbakar. banyak daun gugur tinggal ranting je. bahananya letak orkid tempat panas.

sekarang dah alihkan semua orkid gantung ke tempat teduh. pastikan siram air dua kali sehari dan sembur dgn baja pertumbuhan orkid seminggu sekali. bila cuaca dah ok semula nanti... dan orkid kembali pulih nanti.. kembali la ke tempat asal.



7 ulasan:

  1. wahh boleh tahan koleksi orkid akak ye. suka minat jugak orkid cuma saya jenis tak sabar nak tunggu berbunga.. hihihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. beli sikit2.. lama lama jadi la mcm ni.. inipun hampir 10 pasu dah diagihkan kepada jiran dan rakan. sebab dah terlalu makan ruang.

      Padam
  2. oh okid tak perlu pasu besar ye..tanam macam tu je.Terimakasih tunjukkan gambar2 ni.Saya ikut cara cikgu ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. orkid saya digantung.. tak sesuai pasu besar. kalau nak letak kat bawah..elok juga dalam pasu besar. cuma pastikan guna pasu orkid yang berlubang-lubang tu. sebab akar orkid memerlukan pengudaraan yang baik. jangan letak dalam pasu yang berkilat bahagian luarnya. sebab pasu jenis ini panas,

      Padam
    2. Terimakasih puan.
      Orkid yg saya beli dari padang besar tu dah keluar kudup bunga, tak tahu bila nak kembang tu.

      Padam
  3. hehe... saya kurang penyabar dalam membela orkid... pernah beli sekali - orkid bunga putih besar... sepanjang saya bela tak pernah berbunga... sudahnya give up... bagi kat Mak pokok tu... sekali balik kampung - berbunga dia... hek eleh... nyampah saya nak tunjuk Mak bela dia bagus sangat la tu... hehehe... jeles bila Mak bela dia berbunga... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe..saya pun ada juga yang jadi mcm tu. bila beri kat jiran, terus dia berbunga. dalam ke saya, tempat tak sesuai. rumah jiran tu dia letak bawah pokok jambu dia..sejukkk.. daun dan bunga terus jadi cantik.

      Padam