Jom Diet Sihat

Memaparkan catatan dengan label orkid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label orkid. Papar semua catatan

Rabu, 20 Jun 2012

Kuntuman Orkid

Spesies orkid adalah jenis pokok hiasan yang paling banyak kat taman kecil saya... Orkid jugalah yg mencetuskan kembali semangat untuk bertanam bunga setelah sekian lama dilupakan... pendapat saya, orkid senang je nak jaga (jenis yang senang la, ada jugak yang manja..). Rajin pula berbunga.. Yang paling membahagiakan apabila mereka pakat2 bunga serentak.. buat masa ni, gambar di bawah yang sedang mekar di taman gantung saya sekarang.. Saya tiada jagaan khusus buat orkid saya, hanya asas siram dan letak ketulan baja kelapa sawit kalau rajin...
dendrobium- dark purple-seakan hitam

oncidium orchid- berbatik
dendrobium lagi- yang ni hampir dicuri manusia durjana..   


s
dendrobium ungu lagi..

dua jambak mekar serentak...puas hati
dendrobium hijau~kuning

bila dah sebulan lebih dia kembang, warnanya akan bertukar kuning.
oncidium- dancing lady...(ini la satu-satunya yang saya tau nama)
Kebanyakan orkid saya dari spesied dendrobium, sebab jenis ni senang sangat nak jaga.. letak tengah panas pun tak kisah. Suhu tempat saya (parit buntar) boleh mencecah 37C.. mereka boleh survive suhu begini...cuma bila dah panas melampau tu, daun je jadi kuning sikit... lepas siram kerap2 ok la balik. Nak balik kampung seminggu pun tak risaukan mereka ni, pandai la jaga diri sendiri..tak macam pokok lain...

























Selasa, 29 Mei 2012

Orkid Wangi

Orkid adalah antara pokok bunga yang paling tak banyak karenah...(pandangan saya). Sebab saya kata begitu ialah orkid antara pokok yang paling rajin berbunga yang ada di rumah saya ni. Siram baja siram baja. balik kampung seminggu tak siram pun dia ok lagi. Kali ni saya nak cerita ttg orkid wangi di rumah saya. Ada 2 jenis sebenarnya, tapi setakat ni baru satu yang mengeluarkan bunga.
 Dalam setangkai cuma ada 7 kuntum. tapi bayangkan wanginya semerbak. Baunya agak kuat. Bau terbit waktu pagi, bila tengahari dan petang bau tak de dah. tunggu esok pagi pulak.
ini close up bunga dia. sangat eksotik saya rasa. dengan warna ungu/biru kehitaman.

malangnya saya ni bukan peminat fanatik orkid yang tau nama dan jenisnya. jadi kalau ada sesiapa yang boleh berikan namanya...sila la bantu ya.. terima kasih