![]() |
daun lebat |
Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog... Kebelakangan ni kurang rakan2 blog post artikel baharu. mungkin sibuk persediaan akhir puasa, nak balik kampung dan buat biskut raya..
Kali ni saya nak cerita pasal pokok kari nan sepohon ni asalnya pemberian salah seorang jiran. Masa pakcik tu bagi, anak pokok setinggi satu kaki... Sekarang ni dah hampir 10 bulan di laman belakang saya.. Dah banyak jasanya...jadi menu dalam kari ikan kegemaran en.suamiku..(di sini kari dipanggil gulai), pucuknya jadi santapan sebagai ulam... pokok tumbuh tinggi merimbun...
![]() |
bawahnya kurang daun |
Masalah saya ialah pokok kari ni meninggi melebihi ketinggian tuannya... pasu pulak tu tak la besar mana... anak dah keluar dua pokok di pangkalnya..Teori saya... Mungkin dia jadi tinggi macam tu sebab dulu laman belakang kami tak dapat cukup matahari...jadi pokok tinggi nak cari cahaya... Saya bercadang untuk pangkas pokok kari ni..nak rendahkan dan rimbunkan saiznya..(laman belakang dah dapat full sun). Soalan saya di mana saya nak potong? Kalau saya potong 2 kaki dari aras pasu tu boleh tak? takut nanti dia tak mau bertunas dah... atau bolehkah guna kaedah tut, potong dan semai semula ranting yg rimbun tu...
Harap ada yang sudi menjawab... Terima Kasih
salam, saye ni tak ade la pandai sangat tapi pernah jugak pokok kari kami meninggi macam ni, bile kami potong dahannya sikit, die bertunas dan pucuknye muda-muda naik, insyaAllah ok,
BalasPadamterima kasih didie.... nantu saya cuba. tapi semua nak kena tunggu lepas raya.
BalasPadamSalam kak,
BalasPadamMahu kongsi pengalaman. Saya pernah cuba pangkas pokok kari hingga tinggal tunggul dalam 3 cm sahaja dari tanah. Dia bertunas semula dengan rimbun. :)
terima kasih nurul..nanti saya cuba
Padampokok kari saya juga dah beberapa kali kering dan ketinggiannya tak sampai sejengkal masa bawa ke rumah baru. tapi memang tahan lasak, sekarang dah setinggi satu kaki lebih. pucuk daun pun lebat kalau rajin pangkas ni.
BalasPadamhajatnya nak buat mcm tu la wani... biar rendah tapi rimbun.
Padampokok kari ni nak tanam pakai apa ek?keratan batang boleh ke?
BalasPadamsaya pernah cuba beberapa kali tanam guna keratan batang tapi tak berjaya... yang eloknya guna anak yang naik di pangkal pokok kari besar... kena manis mulut la mintak dengan jiran... hehehe pokok saya ni pun asalnya mintak dengan jiran.
Padamsalam perkenalan..pokok kari yg saya tanam pun lebih kurang mcm pokok kari awak..jugak ditanam dalam pasu..nak tanya kalau nak pangkas tu maknanyer potong dahan tinggal kan kire2 tinggi 2 kaki yer..maknanyer daun2 yg diatasnyer kite guna utk masak je lar yer..tak boleh nak cucuk tempat lain untuk semaian pokok baru..tak menjadi kan? huhu saya tak reti..ada ke pic selepas awak pangkas pokok kari tuu?
BalasPadamblog saya alynnluvshamza.blogspot.com tq
Pokok kari saya x prnh menjadi..asal ada daun baru..msti ada ulat baru..mcmmana nk jaga pokok agar x di mkn ulat yer...
BalasPadamKalau serangan ulat pd pokok kari.. Saya selalu sembur menggunakan air bawang putih je..insyAllah
BalasPadamBagi saya cara yang paling tak banyak kerja adalah tanam serai wangi dalam pasu sebelah pasu tanaman kita. Setakat saya buat,nampak hasil ulat dan serangga tak datang. Saya potong daun2 serai wangi bagi pendek dan tak serabut serta menguatkan bau serai
PadamMcm mana nak kuarkan akar pokok kari...da cuba tanam tp tak perna jadi...huhuhuhu
BalasPadamPangkas ja dimana2 seelok-eloknya diatas dahan yg pertama dari bawah..
BalasPadamgörüntülüshow
BalasPadamücretli show
ZVPCTJ
https://titandijital.com.tr/
BalasPadamçorum parça eşya taşıma
niğde parça eşya taşıma
kastamonu parça eşya taşıma
istanbul parça eşya taşıma
RNFO
شركة عزل اسطح بخميس مشيط UiOa5Iv8b5
BalasPadam