Bunga gladiolus juga dikenali sebagai "Sword Lily", mungkin kerana bentuk daunnya seperti pedang... Walaupun kelihatan seperti bunga lily, namun gladiolus adalah daripada keluarga iris.. Bunga ini boleh didapati dalam apa jua warna yang terlintas dalam fikiran anda...(mungkin)...kalau tak percaya, cuba google tengok ada berapa jenis dan warnanya... Benih bunga saya diperolehi dari blog www.kebunbahagiabersama.blogspot.com.. Terima kasih Diana atas perkongsian benih2 yang tiada di tanah air kita...
|
putik bunga gladiolus |
|
bunga mekar...layu dek panas tengahari..selasa/5.00pm |
Bunga di backyard container garden saya sudah kembang...Mungkin yang pertama antara rakan2 lain yang turut memesan benih ini dari Diana.. Rezeki Ramadhan saya...hehehe. Sayangnya saya tidak menyimpan apa2 catatan atau jurnal tentang pokok ini. Bukan tak ingat nasihat Tuan Is dari blog tanamsendiri supaya sentiasa menyimpan jurnal tanaman sendiri. Seingat saya, saya tanam mcm biasa dan siram dengan air baja buatan sendiri sampai dia besar.. 2 minggu sebelum keluar tangkai bunga, saya ada bubuh baja tahi kambing.
Putiknya berbentuk tangkai (gambar catatan lama) keluar agak lama juga sebelum putik bunga berwarna kuning ni muncul...mungkin dalam masa 10-12 hari.. bila putik bunga kuning tu dah keluar, sekejap je dia kembang... mulanya 2 kelopak kembang serentak... tapi masa saya ambil gambar, kelopaknya layu. Tekstur kelopaknya seakan bunga canna lily.. lembut sesangat.. Jadi pagi tadi, pukul 7 pagi sempat ke belakang ambil gambar kejap. cahaya tak terang, jadi maaf la kalau gambar tak jelas...saya cuba guna flash tapi hasil tak cantik... apa lah daya h/p ku...(syok kalau ada DSLR).
|
kelopak segar- Rabu/7.00am |
2 kuntum putik bunga dalam gambar di atas dah pun kembang pagi tadi... bila banyak2 nampak cantik pulak... lepas ni nak alihkan semua 8 pokok terdiri dari 5 warna ke dalam satu pasu... namun ada satu yang tak tumbuh sampai sekarang... tak tau la warna apa yang tak tumbuh tu.
Cakap banyak2 pun tak guna kerana "a picture worth a thousand words". Jom layan gambar...
|
selasa-5pm..2 kuntum kembang |
|
rabu 7.00am-4 kuntum mekar penuh |
dalam gambar di atas, saya alihkan pasu ini ke bawah... senang nak nikmati keindahan bunganya... pokok gladiolus agak tinggi... dalam anggaran 3 kaki lebih... separas pinggang kita jugak la untuk org tak berapa nak tinggi mcm saya ni..
|
waktu pagi kelopaknya cantik tersusun |
|
setangkai bunga gladiolus pertama |
tahniah berjaya 'membela' gladiolus sehingga berbunga. rasanya ambil masa dalam 2 bulan juga kan tanam benih sampai berbunga ni. satu pokok je ke??
BalasPadambeli 6 jenis warna... 1 dah berbunga... satu lagi nampak pangkalnya dah bengkak mcm nak berbunga juga...satu tak tumbuh...yg lain2 ada daun je..
PadamWow? Mesti bangga sampai tegolek
BalasPadamhahaha...memang pun..tergolek..bangun...tergolek balik...
PadamYeah dah kembang...Diana pun cemburu tengok hehehe...wah rezeki bulan Ramadhan. Harap yang lainnnya kembang masa raya nanti big hit dengan tetamu datang.
BalasPadamDiana, sayangnya bunga ni dok belakang... lepas dia berbunga nak alih cantik2 letak pasu besar, nak letak depan.
Padamwahhh cantik. jelesnya. ;>
BalasPadamterima kasih... jangan jeles...kita doa sama2 lepas ni bunga kawan2 lain pulak kembang.
Padamtahniah...tumpang gembira...
BalasPadamterima kasih kak mar... gembira mcm dapat baby rasanya..
Padamcantik cantik cantik! jeles sangat-sangat..wuwuwuu
BalasPadamtq tq tq...
Padamwow, congrats! bangga beb...
BalasPadamterima kasih lynn... memang membanggakan gladiolus kembang di Perak.
Padamof course! bunga import lagi..harap2 bunga tu tahan sampai raya, gempak punya. Bulan lepas lynn ke Sydney ada jugak nengok anak2 bunga..tapi dek ulang alik ke hospital x sempat nak beli pun. Nak bawak balik pulak cabaran tu, kastam sana strict giler.Kalau dulu bolehlah sbb arwah ada..pergi balik pun ikut line special gitu..
PadamRasanya bunga tu tak tahan sampai raya kot...sebab sekarang ni pun dua kelopak terawal kembang dah kecut dah pun... mungkin tak berapa tahan dengan cuaca belah utara yang panas ni..
Padamalhamdulillah,akhirnya tangan terbukti jenis 'tangan sejuk' bunga ni cantik dan mempersona, tahniah.
BalasPadamAh indahnya melihat bunga ini mekar di laman sendiri! :-) Saya baru nak berjinak dengan penanaman gladiolus ni, rasa teruja melihat yang ini sudah berbunga.
BalasPadammama pongkey..teruskan usaha anda.
BalasPadam