Jom Diet Sihat

Selasa, 31 Julai 2012

Basil

pokok induk basil ini saya beli dari sungai buloh... pokok induknya baru 2 hari lepas saya cabut dan buang..pokoknya dah tak elok... tapi saya sempat kumpulkan sedikit benihnya... bila disemai, alhamdulillah...banyak jugak yang tumbuh...
anak pokok basil
sepatutnya anak pokok ni saya dah boleh alihkan... tapi biasa la..alasan bulan ramadhan tu selalu digunakan untuk tidak bertani... anak2 pokok basil membesar menjadi remaja2 yang sihat...kongsi rumah dengan kobis ong king yang sepokok tu... nanti ada masa nak tanam pokok basil dalam 3 pasu...
anak basil di belakang...
bekas gabus ini asalnya kotak semaian saya... kalau perhati betul2 ada jugak anak pokok sweet basil...
saya kurang pasti nama sebenar basil jenis ini...sesiapa antara rakan2 yang tahu, boleh maklumkan saya.... saya tak pernah cuba basil dalam masakan, cuma makan sebagai ulam dan saya sangat sukakan aroma dan rasanya... rakan2 gunakan basil dalam masakan apa ye?

Patch Bunga Matahari

Backyard garden saya langsung tiada kawasan tanah... semuanya bersimen... patch yang ditunjukkan sebenarnya dah mengambil sedikit kawasan rumah jiran yang tidak berpenghuni... saya susunkan batu bata dan isikan tanah...tanah di bawah sebenarnya penuh dengan akar pokok mangga yang berselirat..namun pokoknya sudah ditebang... harapnya bila pokok besar pandai2 la akarnya menyelit cari nutrien dicelahan akar mangga yang besar2 tu...

Saya tanamkan patch ini dengan bunga matahari dan calendula... benih matahari ini saya beli dari pasar raya..lupa pulak jenis besar atau kecil... anak pokok dah lama duduk dalam pasu kecik... daunnya tak besar pun...jadi saya cuba alihkan dalam patch baru ni... apa jadi nanti kita tengok perkembangannya...

Isnin, 30 Julai 2012

Ulam-Pucuk Kari,Temupauh & Kunyit

Pernahkah rakan-rakan mencuba ulam pucuk kari? Untuk seorang hantu ulam seperti saya, pantang orang sebut pokok boleh buat ulam, semua saya cuba... salah satunya pucuk kari... selain sedap dimakan, boleh la jaga pokok tu supaya tak naik terlalu tinggi dan lebih rimbun pokoknya...
pucuk kari lebat..
temupauh dan kunyit

Gambar di atas pula ialah temupauh(pokok besar) dan kunyit(kecil)... temupauh adalah ulam paling sedap pernah saya makan...rasanya antara sedikit rasa halia lembut bercampur rasa dan bau putik mangga... penggemar ulam jangan lepaskan pengalaman rasa temupauh ni, sekali cuba mesti tak boleh lupa.

Pokok kunyit pula saya tanam bukan untuk kunyitnya...tapi saya menunggu bunganya... dahulu saya pernah tanam, namun tak berbunga...tuai jugak la kunyit...ulam kunyit muda... harap2 tahun ni kunyit saya berbunga...teringin nak makan ulam bunga kunyit... kat kedai takde jual...


Cili

Saya mempunyai 3 pasu pokok cili di backyard garden... tapi dalam posting ini, saya nak ceritakan dua daripadanya sahaja. satu pokok adalah hasil tanaman sendiri, benih dari sisa dapur...kalau tak salah saya cili api siam yang saiznya besar2 tu. sebenarnya dah lama tanam, tapi dia terbantut seperti kebanyakan pokok2 saya yang lain sebelum ini. Saya agak mungkin lebih 3 bulan cili ini tak besar2, saiznya dalam 3 inci je tinggi...akhirnya saya buat keputusan untuk cabut pokok, nak gunakan pasu untuk tanaman lain, tapi akarnya dah kuat, pokok tak tercabut, tp pucuknya putus, tinggal batang sepanjang 2 inci. ntah apa jadi saya tinggalkan cili tu terabai, kemudian saya tgk keluar tunas baru dari batang yang tinggal... makin lama makin elok besarnya walaupun cuma harapkan hujan(ruang depan). timbul pula rasa sayang...dia berusaha untuk hidup... saya alihkan pasu cili ini ke ruang belakang(lebih terjaga keperluannya). sekarang dah berbunga lebat, putik buah pun dah muncul...seronok sesangat..
pokok kecik-sebenarnya dah tua ni

buah masih kecil
 lain pula kisahnya dengan cili satu lagi, dibeli di pekan hari.. sepasu RM6...beli sebab frust tanam cili sendiri asyik tak berjaya je... masa beli pokoknya kecik tapi buah lebat gila... balik rumah terus alihkan dalam bekas gabus.. dia membesar dengan jayanya. buahnya pun tak pernah surut... sampai tak termakan, sayangnya buah kurang besar dan kurang pedas...namun saya kutip juga buah masak masukkan dalam air cuka..buat jeruk...

saya agak pokok saya beli daripada 2 jenis yang berlainan walaupun dalam satu pasu.. sebab tengok buahnya semasa muda lain warna...satu warna hijau-merah, satu lagi warna putih-oren-merah...
2 jenis pokok

Putik Bunga Gladiolus Ke?

Saya tidak menyimpan catatan langsung tentang apa pun yang saya tanam...  yang saya tahu, dua minggu sekali baja... kalau rajin belek2 pokok kot2 ada kutu atau bena...kena spray.... Sedar tak sedar, pokok dah besar... Contohnya pokok gladiolus yang dibeli daripada Kebunbahagiabersama... Daripada 6 yang ditanam, 5 dah tumbuh, yang satu tak muncul2 sampai sekarang... antara 5 tu, satu menunjukkan kelainan... tumbuhnya menyenget je, tuan punya pokok pulak berat tulang nak sokong dengan apa2... biarkan aje la pokok tu senget... tiba2 petang semalam, ternampak la mcm keluar pucuk dari celah daun...

senget la pulak
apa agaknya benda alah ni...daun ke pucuk nak keluar bunga ..bila dibelek, nampak mcm daun je..... rakan2 yang beli benih ni ada pengalaman tak..atau Diana sendiri boleh jawab...tak sabar...excited sesangat..
betul ke bunga...atau daun je...

Menikmati Hasil Tani

Hasil kacang panjang renek sudah banyak kali dituai... namun berapalah sangat hasil yang mampu dikeluarkan oleh 6 pokok dalam 3 pasu kecil. Namun yang penting bukan kuantiti..tapi kualiti.. Pertama kali merasa kacang panjang dari backyard container garden sendiri...saya seakan tergamam.. tidak percaya kacang panjang boleh rasa sesedap ini...Subhanallah.. Dalam hati saya terfikir, mungkin saya terlalu excited dengan hasil sendiri, terus saya minta suami rasa,.... dia juga berkata yang sama..sedap, manis dan berjus... Kacang panjang ni mesti dikutip tepat pada waktunya, lewat sehari, kacang dah jadi tua, dah tak sedap dimakan dah...kalau belum matang pun tak sedap juga, manisnya belum keluar semua... jadi nak kena rajin jenguk selalu.. hasil saya setiap hari tak banyak, kadang2 satu je, paling banyak pun 4 urat kacang... kalau tidak jibuat ulam, saya makan sebagai snek je...sedap..enak..lazat...sihat..

masih banyak hasil ni...
Ini pula remayung merah/malabar spinach... hasil yang tidak diusahakan pun..pertama kali saya merasa sayur ini..tidak mengecewakan..masuk dalam sup sayur...sedap juga..kalau ada ruang, lepas ni boleh tanam banyak2...
hasil pertama..tidak menghampakan

sekarang barulah saya faham kenapa sesetengah orang bersusah payah menanam sayuran sendiri... walhal kalau dibeli murah je... tapi sesiapa yang pernah merasa hasil tanaman sendiri tentu tahu dan faham, sayur di pasar tidak terbanding dengan sayur di belakang rumah kita...

Sabtu, 21 Julai 2012

Jom Pilih Menu Berbuka

Puasa baru 2 hari tapi tension memikirkan menu berbuka... pasti ramai ibu-ibu seperti saya... jom berkongsi menu 7 hari... sekali fikir je, beli barang stok seminggu, tiap2 hari tinggal masak je



VARIASI LAUK
  1. ikan bakar air asam
  2. ikan singgang
  3. ikan cencaru sumbat 
  4. kari ikan
  5. ikan tongkol masak lemak kuning
  6. ikan masak cuka/asam
  7. ikan masak stim
  8. ikan masam manis
  9. tomyam ayam
  10. ayam goreng kunyit
  11. lemon chicken
  12. kung pao chicken
  13. kurma ayam
  14. ayam percik
  15. rendang pedas ayam
  16. sup tulang 
  17. daging masak lada hitam
  18. daging masak kicap
  19. daging goreng halia
  20. daging masak singgang
  21. daging dendeng
  22. kari tulang
  23. daging bakar
  24. gulai udang nenas
  25. sambal udang
  26. udang goreng tempoyak
  27. udang sweet sour
  28. sotong rebus serai
  29. sotong goreng sos tiram
  30. sotong masak sambal
haaa...dah cukup untuk 30 hari..untuk resepinya boleh google..hehehe...atau ada sesiapa nak tambah menu..boleh la kita kongsi... nantikan variasi sayur pula...

Rabu, 18 Julai 2012

Sweet Basil

Sweet Basil atau nama kampungnya pokok selasih adalah ulam kegemaran saya. banyak cabaran menanam pokok selasih ni sebab jiran di depan dan belakang rumah berketurunan Kemboja, suka memetik daun ni tanpa izin... sakit hati dibuatnya... untuk makluman semua, orang kemboja mmg banyak menggunakan daun selasih dalam masakan mereka... benih dah pun dikongsi dengan mereka tapi jenis tak mahu bercucuk tanam, mahu menuai sahaja.. hehe... lebih kurang dua bulan lepas, kedua2 jiran kemboja telah berpindah ke rumah lain... namun masih jalan sama, jauh sikit... jadi pokok selasih berpeluang tumbuh subur... tukang tanam dah 3 kali merasa ulam selasih cicah budu... sedaaappp sangat...
bunga selasih

daunnya gemuk
Pokok selasih ni dah pun berbunga.. lepas ni na cuba kumpulkan benihnya pulak.. Kat pasu sama tanam bawang besar...2 kali tuai daun... kemudian, daunnya tak mau panjang dah...merajuk ke?

Selasa, 17 Julai 2012

Buang Word Verification

Assalamualaikum dan Salam SSejahtera semua pembaca blog...

Hari ini post mungkin lain sikit sebab takde kaitan dengan pokok, bunga atau buah... Tapi cerita pasal word verification... sememangnya menyusahkan...tak dinafikan... saya pun kadang2 tu terbantut nak komen kalau tak penting kalau sesebuah blog tu ada WV ni... tapi saya sendiri tak tahu blog saya pun ada WV ni.. sehinggalah ditegur oleh EjaMaria... terima kasih ya pn ejamaria...

google la tgk cara nak buang.... senang je... klik mcm kat bawah..

 PAPAN PEMUKA/REKA BENTUK(DASHBOARD) --------> TETAPAN(SETTING)-----> SIARAN DAN ULASAN(COMMENTS)----->>TUNJUKKAN  PENGESAHAN PERKATAAN( WORD VERIFICATION)---->> TEKAN TIDAK(NO)---->> SAVE (SIMPAN TETAPAN)

Maaf sebab tak ada gambar.. tak reti bubuh gambar screen... untuk lebih jelas boleh la google..ramai yang beri tutorial cara nak buang word verification... dan jangan lupa.. boleh check jugak kalau nak tau sama ada blog anda bebas WV atau tidak...

Isnin, 16 Julai 2012

Kobis Cina Ong King @ Sayur Putih

Ini adalah cubaan yang ketiga saya dengan sayur putih ni... nampaknya 2 sebelum ni tak berjaya..anak kobis dimakan siput tak tinggal sikitpun untuk petani yang menanamnya... kali ketiga ada lah sedikit kejayaan yang tak seberapa.. tinggal sepokok yang sempat membesar sedikit daripada biasa... namun cabarannya belum terhenti di situ... daunnya masih di makan makhluk misteri sedikit demi sedikit.... kemudian saya alihkan pokok ke tempat tinggi... masih tidak berkesan... apakah gerangan makhluk yang suka benar dengan sayur putih nan sepokok ni...
anak pokok ong king yang terselamat

dah ada tanda serangan sikit

pokok makin besar... lubang pun makin banyak

bukan di makan ulat..sebab tiada tanda taik ulat...
saya agak mungkin belalang... ye ke?

Jumaat, 13 Julai 2012

Remayung Merah~ CampakCampakHidup

Saya tertarik kepada remayung/ malabar spinach selepas membaca posting dari beberapa rakan blogger yang menceritakan tentang sayuran ini. Semasa jiran membeli sayur ini, saya minta biji benih darinya.. malangnya seperti selalunya kejayaan tidak berpihak kepada saya bab tanam sayur ni...

namun pada suatu hari saya terpandang cambahan remayung yang tumbuh sekelompok dalam pasu panjang...sebenarnya pasu panjang tersebut saya semai sawi.. tapi semua dimakan siput... yang hairannya remayung tumbuh sihat tidak terusik dek siput atau belalang... ntah dari mana benihnya..saya agak jiran depan rumah telah campakkan benihnya dalam pasu saya...

nampak macam sihat

akhirnya saya putuskan untuk memberi perhatian kepada remayung ni... geram tgk daunnya yang berkilat. bila waktu yang sesuai untuk tuai agaknya...dan bagaimana cara menuai yang terbaik... potong batang, ambil daun sahaja atau cabut terus? sesiapa boleh kongsi...silakan..

Khamis, 12 Julai 2012

Kacang Panjang Renek- Berbunga dan Berbuah

Sukanya dalam hati bila pokok kacang panjang dalam pasu dah mula menunjukkan bunga dan buah walaupun masih kecil... Semut pun dah banyak kat pokok ni... Selalunya mereka ternak aphids... memang betul, bila dibelek-belek..nampak aphid jenis hitam beberapa ekor di pangkal buah.. terus tenyeh je... dah dua hari dia kembali lagi..esok kalau makin banyak kena guna resepi semburan organik dari tanamsendiri.com... campuran minyak dan sabun cuci pinggan... setakat ni masih terkawal... kalau ada rezeki bulan puasa ni boleh la makan kacang panjang goreng..

bunganya kembang sekejap je waktu pagi...
buah sulung

syok tgk buah dia terjuntai..
Pada awal menyemai benih kacang panjang ni, saya bercadang untuk gantung pasu ni..sebab tak tahan dengan serangan siput haram tu (babi)... tapi sejak bubuh atas bumbung puyuh ni, tak nampak sekorpun yang panjat naik atas.. gayat kot... alhamdulillah... rasa seronok sgt...

Rabu, 11 Julai 2012

Ulat Bulu

gemuknya dia..2 hari kenduri takde sapa ganggu...
Minggu lepas ppkok kemunting cina/vinca di kawasan sekolah telah diserang ulat beluncas berwarna hijau.. Gemuk gedempol la diorang semua kendurilan vinca. Atas tanah.. Dalam pasu gantung semua depa kendurikan sampai tinggal batang je.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Selasa, 3 Julai 2012

Wajah Baru - Ahli Baru

Backyard Garden kami berukuran 20'x5'... panjang tapi sempit... itulah cabarannya... tapi sebelum ini, semua ruang dimonopoli oleh saya sahaja...
beginilah rupanya
Kenapa saya longgokkan semua bekas tanaman di situ? Sebab itu saja tempat yang dapat cahaya matahari waktu tengahari... pagi, petang semua redup... Bulan lepas en.suami menyatakan hasrat untuk join sekali.. tapi dia nak buat sangkar... Jadi terpaksalah saya mengubah kedudukan pasu2 tersebut... kebetulan pula jiran empunya 3 pokok pelam sebelah rumahku telah menebang 2 daripada pokok pelamnya... Bila dah masuk sangkar lain la rupanya backyard garden saya sekarang...
wajah baru
Sukacita dimaklumkan, backyard garden saya bukan lagi shade garden... dah dapat cahaya matahari penuh dari pagi sampai lewat petang...seronok..
sangkar bumbung rata- jimat ruang
nasib baik tukang buat sangkar buat bumbung rata, jadi boleh la letak banyak pasu2 kecil dan anak semaian kat atas tu, gantikan ruang yang dah di ambil oleh sangkar.. jangan esok roboh dah la.. tapi sangkar je yang ada? mana penghuninya.... hehehe...
puyam/yamyuh
ini dia ahli baru garden kami... bela 10 ekor untuk percubaan... makan kuat, berak pun kuat.. insyaallah kalau ada rezeki, raya nanti boleh la makan rendang puyuh dengan ketupat... jom le mai umah..
kalau ada kawan2 yang berpengalaman atau ada maklumat pasal puyuh, boleh la kongsi di sini. untuk hobi je

Isnin, 2 Julai 2012

Orkid di Floria 2012

Tema Floria 2012 ialah Bougenilla aka Bunga Kertas... namun bunga orkid jugak yang menarik hatiku..kesian kat bunga kertas...








orkid wangi

cantik...lawa..


yang ni dapat no.1




terang menyerlah




unik pelik tapi unik




ni pun cantik
Orkid yang ni semua pameran dari persatuan orkid... bukan untuk dijual... kalau nak beli kena pergi ke bazaar kira lain harga...