Jom Diet Sihat

Selasa, 3 Julai 2012

Wajah Baru - Ahli Baru

Backyard Garden kami berukuran 20'x5'... panjang tapi sempit... itulah cabarannya... tapi sebelum ini, semua ruang dimonopoli oleh saya sahaja...
beginilah rupanya
Kenapa saya longgokkan semua bekas tanaman di situ? Sebab itu saja tempat yang dapat cahaya matahari waktu tengahari... pagi, petang semua redup... Bulan lepas en.suami menyatakan hasrat untuk join sekali.. tapi dia nak buat sangkar... Jadi terpaksalah saya mengubah kedudukan pasu2 tersebut... kebetulan pula jiran empunya 3 pokok pelam sebelah rumahku telah menebang 2 daripada pokok pelamnya... Bila dah masuk sangkar lain la rupanya backyard garden saya sekarang...
wajah baru
Sukacita dimaklumkan, backyard garden saya bukan lagi shade garden... dah dapat cahaya matahari penuh dari pagi sampai lewat petang...seronok..
sangkar bumbung rata- jimat ruang
nasib baik tukang buat sangkar buat bumbung rata, jadi boleh la letak banyak pasu2 kecil dan anak semaian kat atas tu, gantikan ruang yang dah di ambil oleh sangkar.. jangan esok roboh dah la.. tapi sangkar je yang ada? mana penghuninya.... hehehe...
puyam/yamyuh
ini dia ahli baru garden kami... bela 10 ekor untuk percubaan... makan kuat, berak pun kuat.. insyaallah kalau ada rezeki, raya nanti boleh la makan rendang puyuh dengan ketupat... jom le mai umah..
kalau ada kawan2 yang berpengalaman atau ada maklumat pasal puyuh, boleh la kongsi di sini. untuk hobi je

12 ulasan:

  1. puyuh, best best!sila jemput nanti ya..lynn pun cadang nak buat satu rak lagi utk benih/semaian..dah sesak kat bwh, lintah bulan dan siput bermaharajalela sekarang

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat sini pun dulu banyak lintah bulan... tapi sekarang mana depa pi pun tak tau..tinggal siput ja..

      Padam
    2. yeay... ruang dah kemas... matahari dah sampai... kena tambah pokok la jawabnya... ;p

      Padam
    3. LINTAH TU BUBUH JE AIR CAMPUR DENGAN DETTOL,KOMPEM ILANG

      Padam
    4. mat..tq very much! balik ni lynn mesti cuba, sebab tiap2 mlm dia serang sumer anak benih yg baru cambah, sakitnyer hati!!

      Padam
  2. kedudukan ruang tepi rumah saya juga terima direct sunlight dalam 4-5 jam saja, itu pun selepas tengahari. pokok yang tak gemar cahaya kuat nampak subur, tapi yang guna cahaya banyak macam tak cukup sihat

    BalasPadam
    Balasan
    1. wani..kita kena pilih2 la shade plants... banyak juga yang boleh kita tanam... try google shade plant and vegetables list...

      Padam
  3. Seronoknya, lepas ni tak payah beli baja sebab dah ada supplier dari dalam sangkar tu :). Puyuh banyak bertelur?

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu... puyuh belum matang lagi.. dalam 3 minggu lagi mungkin bertelur.. tapi kami bela untuk dagingnya...

      Padam
  4. Nampak neat and tidy sekarant. I pun nak satu sangkar macam tu. Senang nak letak bekas cambahan benih. Burung puyuh dan tumbuhan sekarang hidup saling bantu membantu. Dapat oksijen dan karbon dioksida. Output dari puyuh pula jadi input untuk tumbuhan :)

    BalasPadam