Jom Diet Sihat

Isnin, 30 Julai 2012

Putik Bunga Gladiolus Ke?

Saya tidak menyimpan catatan langsung tentang apa pun yang saya tanam...  yang saya tahu, dua minggu sekali baja... kalau rajin belek2 pokok kot2 ada kutu atau bena...kena spray.... Sedar tak sedar, pokok dah besar... Contohnya pokok gladiolus yang dibeli daripada Kebunbahagiabersama... Daripada 6 yang ditanam, 5 dah tumbuh, yang satu tak muncul2 sampai sekarang... antara 5 tu, satu menunjukkan kelainan... tumbuhnya menyenget je, tuan punya pokok pulak berat tulang nak sokong dengan apa2... biarkan aje la pokok tu senget... tiba2 petang semalam, ternampak la mcm keluar pucuk dari celah daun...

senget la pulak
apa agaknya benda alah ni...daun ke pucuk nak keluar bunga ..bila dibelek, nampak mcm daun je..... rakan2 yang beli benih ni ada pengalaman tak..atau Diana sendiri boleh jawab...tak sabar...excited sesangat..
betul ke bunga...atau daun je...

16 ulasan:

  1. apa tunggu lagi... cari kayu - tupang... nanti berat pokok rebah... ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya..mesti..lepas ni rajin la bela pokok senget ni..

      Padam
  2. wahh,dah brapa lama tanam ni? kongsikan perkembangannya ya.Tahniah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tanya berapa lama tanam tu yang tak leh nak jawab tu.. sebab takde simpan catatan apa pun... agak2nya dekat dua bulan jugak kot..

      Padam
  3. assalamualaikum...guna baja apa ya? suka saya tengok...gladiolus dah mula berputik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wa'alaikum mussalam... saya guna baja peram sendiri...dua minggu lepas ada bubuh baja taik kambing jugak...

      Padam
  4. pokok tu terdedah pagi sampai petang ke? tahniah dapat bela gladiolus yang eksotik ni, saya tengah tunggu benih dari Diana. nanti boleh kongsi cerita pasal pokok ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. iya...dapat full sun sampai petang... saya sokong beli la banyak2...kalau dapat tanam atas tanah lagi cantik.

      Padam
  5. wah bestnya dah nak berbunga. kat rumah saya belum ada tanda lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. doa sama2 biar dia berbunga...raya ni meriah sikit

      Padam
  6. x sabar nak tengok bunga dia kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. lynn...itu la... mcm menunggu hari due bersalin.. hehe

      Padam
  7. Hohoho...meriahlah and colourfullah raya ni...gladiolus pun dah nak sambut raya juga, putik dah keluar.

    BalasPadam
  8. memang meriah...putik yang keluar nampak warna kekuningan... raya nanti kena alih pasu ke porch depan la... buleh show off tetamu datang..mesti diorang tanya...'eii..bunga apa ni...' hehe

    BalasPadam