Jom Diet Sihat

Sabtu, 21 Julai 2012

Jom Pilih Menu Berbuka

Puasa baru 2 hari tapi tension memikirkan menu berbuka... pasti ramai ibu-ibu seperti saya... jom berkongsi menu 7 hari... sekali fikir je, beli barang stok seminggu, tiap2 hari tinggal masak je



VARIASI LAUK
  1. ikan bakar air asam
  2. ikan singgang
  3. ikan cencaru sumbat 
  4. kari ikan
  5. ikan tongkol masak lemak kuning
  6. ikan masak cuka/asam
  7. ikan masak stim
  8. ikan masam manis
  9. tomyam ayam
  10. ayam goreng kunyit
  11. lemon chicken
  12. kung pao chicken
  13. kurma ayam
  14. ayam percik
  15. rendang pedas ayam
  16. sup tulang 
  17. daging masak lada hitam
  18. daging masak kicap
  19. daging goreng halia
  20. daging masak singgang
  21. daging dendeng
  22. kari tulang
  23. daging bakar
  24. gulai udang nenas
  25. sambal udang
  26. udang goreng tempoyak
  27. udang sweet sour
  28. sotong rebus serai
  29. sotong goreng sos tiram
  30. sotong masak sambal
haaa...dah cukup untuk 30 hari..untuk resepinya boleh google..hehehe...atau ada sesiapa nak tambah menu..boleh la kita kongsi... nantikan variasi sayur pula...

14 ulasan:

  1. Hihi...siap buat menu tu....saya pula amik kesempatan nak diet... Konon2 la..masak n makan untuk sahur aja... Buka puasa tunjuk kat bazaar. Semalam hubby makan mee sup. Saya makn ikan bakar je...hubby tak suka makan berat2 time berbuka.. Tapu tengah malam nanti lepas terawih dia cari nasi kandaq... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lauk tunjuk la senang.. Tapi saya pulak kalau bulan puasa mesti nak masak baru puas. Ikan sardin pun jadi la.

      Padam
  2. haiii...kite seme homemade..nak beli kat luar takdek...dah masuk puasa ke4 kat negeri orng ..dah hampir tak terliur dah dengan menu2 yang biasa buat terliur...alah bisa tegal biasee...kita bantai jer apa yang adee...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau di perantauan, terpaksalah pandai pandai modified bahan yang ada..

      Padam
  3. Saya punya menu ada 7 jenis lauk sahaja, suami yang kata 7 jenis cukuplah, lepas tu kita rotate. Sahur ialah lauk berbuka malam sebelumnya, so kiranya masak 1x, makan 2x. Hmm macam nak kena buat entry blog jugaklah.

    1. Tomyum
    2. Karahi chicken
    3. Sup (ayam, ikan atau daging)
    4. Egg + tuna + salad wrap
    5. Tandoori chicken
    6. Stew (ayam, daging atau kambing)
    7. Shepherd's pie

    BalasPadam
    Balasan
    1. mama... betul la tu, saya pun buat mcm tu jgk... lepas tu warning awal2 kat suami jgn beli apa2 kat pasar Ramadhan nanti lauk kat umah ni membazir tak habis.. Menu mama nampak menarik tu, lepas ni buat entry khas pasal menu resepi ni semua... blog saya pun nampaknya nak tukar jadi blog resepi sempena ramadhan ni.. hehe

      Padam
  4. Pandai buat planning ni. Saya nak fikir menu esok pun dah pening kepala.

    BalasPadam
  5. Wah untungnya family dalam sebulan lain lauk-pauk...hehehe...Diana tak masak sekarang...suami pula jadi chef.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu semua angan2 ja tu..belum tentu tercapai lagi... tapi hari ni lauk hajat tak kesampaian... badan letih tak tertahan... akhirnya di pasar ramadhan jugak menunya..

      Padam
  6. kita jarang membeli dibazar... perut sensitif... jadi nak atau tidak usaha juga utk masak dirumah... anak-anak pun sama - perut manja... ;p
    paling tak tahan bila makan makanan dibeli, kita pernah muntah semula lepas makan... hmmm... ntah apa yg tak kena dgn food tu pun tak tau... jadi serik nak membeli lagi... :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. agaknya alah dengan ajinomoto kot... kadang2 org alah pak aji ni jadi haus..kalau saya jadi mengantuk tak leh tahan...en.suami pun sama..lebih pak aji jadi mengantuk.

      Padam
  7. betul.. serik nak beli kat bazaar ramadhan, satu rumah sakit perut. Tapi kalau lynn masak, jawabnya deep fry, celur atau sup, tu jer yg tau. Lebih2 lagi lepas chemo ni selera semacam jer, perut bergelora tapi sumer mknan nampak hambar jer..nowadays air liur meleleh, loya semcm tak ubah mcm preggie woman (eww...tak mungkin!)

    BalasPadam
    Balasan
    1. masak sendiri walaupun simple tapi puas makan..boleh makan utk sahur sekali.

      Padam