Saya mempunyai 3 pasu pokok cili di backyard garden... tapi dalam posting ini, saya nak ceritakan dua daripadanya sahaja. satu pokok adalah hasil tanaman sendiri, benih dari sisa dapur...kalau tak salah saya cili api siam yang saiznya besar2 tu. sebenarnya dah lama tanam, tapi dia terbantut seperti kebanyakan pokok2 saya yang lain sebelum ini. Saya agak mungkin lebih 3 bulan cili ini tak besar2, saiznya dalam 3 inci je tinggi...akhirnya saya buat keputusan untuk cabut pokok, nak gunakan pasu untuk tanaman lain, tapi akarnya dah kuat, pokok tak tercabut, tp pucuknya putus, tinggal batang sepanjang 2 inci. ntah apa jadi saya tinggalkan cili tu terabai, kemudian saya tgk keluar tunas baru dari batang yang tinggal... makin lama makin elok besarnya walaupun cuma harapkan hujan(ruang depan). timbul pula rasa sayang...dia berusaha untuk hidup... saya alihkan pasu cili ini ke ruang belakang(lebih terjaga keperluannya). sekarang dah berbunga lebat, putik buah pun dah muncul...seronok sesangat..
|
pokok kecik-sebenarnya dah tua ni |
|
buah masih kecil |
lain pula kisahnya dengan cili satu lagi, dibeli di pekan hari.. sepasu RM6...beli sebab frust tanam cili sendiri asyik tak berjaya je... masa beli pokoknya kecik tapi buah lebat gila... balik rumah terus alihkan dalam bekas gabus.. dia membesar dengan jayanya. buahnya pun tak pernah surut... sampai tak termakan, sayangnya buah kurang besar dan kurang pedas...namun saya kutip juga buah masak masukkan dalam air cuka..buat jeruk...
saya agak pokok saya beli daripada 2 jenis yang berlainan walaupun dalam satu pasu.. sebab tengok buahnya semasa muda lain warna...satu warna hijau-merah, satu lagi warna putih-oren-merah...
|
2 jenis pokok |
salam ..wah byknya cili...blh buat sambal belacan atau jeruk cili tuh..
BalasPadamkita nyer cili jrg nampak yg jd merah tak tahu kenapa..kalu ade pun mungkin 2/3 dlm tph berbunga yg lebat..kalau ade burung lg cepat dr kita,,,
mungkin burung kot... alhamdulillah kali ni cili menjadi, dulu tananm cili selalu diserang lalat buah, cili masak jadi lembik berulat...
BalasPadammak aih..cantiknya cili! jeles nih..
BalasPadamnak pastikan buah lebat, selalu la petik buahnya... gerenti tak putus berbunga..
Padamsama le kita. pokok terbantut tak mau besar. nampak gaya kena ikut potong je pokok tu biar tumbuh tunas baru
BalasPadamrasanya saya pernah dengar kawan cakap...mmg ada teknik kerat pucuk cili masa kecik, supaya pokok keluar cabang... betul la kot..cuba try...
Padambersungguh pokok cili tu nak membesar juga. geramnya tengok buah cili yang lebat tu. saya punya pokok cili tak berapa naik sangat sebab lokasi tak sesuai kot.
BalasPadamitulah pasal wani..rasa terharu pulak... rasanya pokok cili nak kan panas untuk berbuah lebat... jiran saya tanam cili tempat teduh, pokok rimbun daun menghijau, tapi buah sangat la sikit..
Padammangaii lebatnya cili...semangat!!!
BalasPadamlebat tu tak dinafikan, alhamdulillah, tapi buahnya kecil dan jadi tak berapa pedas... cemana nak buat ekk?
Padamkita pun ada pokok lada merah yg tak berbela - en.suami yg tanam, lepas tu dia biar shj... kita pun malas nak kisah sangat... alih-alih tengok dah keluar buah... eh eh... terus jatuh sayang... bela elok-elok... jimat duit pasar - tak yah beli lada merah dah... lada merah mahal wo kat pasar... ;p
BalasPadambetul tu ejamaria... kadang2 bila difikirkan balik, pokok cili tu menonjolkan sikap sebenar kita... masa dia tak elok, kita tak suka, bila dia elok sikit kita sayang terus..
Padamtapi ada masa nya pokok-pokok ni mmg menduga kesabaran kita... semai-semai tak jadi... yg elok jadi tengah nak membesar kena serang ulat la, bena la... give up juga bila jadi mcm tu...
Padamtu la untungnya berkebun ni, selain puas tengok hasil sendiri, mengajar kita erti kesabaran...bila kesabaran dah hilang, pokok yg kita tanam pun hilang.. hehehe (mati@buang la tu)
Padam