Jom Diet Sihat

Isnin, 16 Julai 2012

Kobis Cina Ong King @ Sayur Putih

Ini adalah cubaan yang ketiga saya dengan sayur putih ni... nampaknya 2 sebelum ni tak berjaya..anak kobis dimakan siput tak tinggal sikitpun untuk petani yang menanamnya... kali ketiga ada lah sedikit kejayaan yang tak seberapa.. tinggal sepokok yang sempat membesar sedikit daripada biasa... namun cabarannya belum terhenti di situ... daunnya masih di makan makhluk misteri sedikit demi sedikit.... kemudian saya alihkan pokok ke tempat tinggi... masih tidak berkesan... apakah gerangan makhluk yang suka benar dengan sayur putih nan sepokok ni...
anak pokok ong king yang terselamat

dah ada tanda serangan sikit

pokok makin besar... lubang pun makin banyak

bukan di makan ulat..sebab tiada tanda taik ulat...
saya agak mungkin belalang... ye ke?

8 ulasan:

  1. sayur ni mmg sedap - manis... sebab tu 'ramai' yg suka... jgn putus asa ye... ;p

    p/s : minta buang 'word verification' - susah la nak komen... nak kena proof bukan robot... buleh? *_*

    BalasPadam
    Balasan
    1. word verification tu mmg melecehkan..tapi cemana nak buang?

      Padam
  2. assalammualaikum.
    daun tu dimakan oleh ulat.kes yg sama menyerang sayur labu air dan daun terung, yg sedang membesar,bila pagi tengok dah berlubang2 daun tu..mula dari waktu magrib setiap2 sejam saya periksa, akhir nya sekitar jam 10 malam baru saya dapat tangkap ulat yg makan daun tu, bukan jenis berbulu..warna coklat..kalau bukan ulat..mungkin kumbang kuning menyerang waktu malam atau subuh..cuba perhati..intai je..seronok aktiviti memburu ni hehehe..jangan putus asa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah pulak.... ingatkan kalau ulat makan dia stay kat pokok tu..seperti ulat pokok kari dan pokok limau dia dok makan berak kat pokok tu...

      Padam
  3. biasanya kalau ulat ada taik ulat... sy pun biasa jgk mslh camtuh...belalang mungkin tak kot...
    ulat yang besar yang seekor mungkin..sbb dia sorang jer..lps makan dia blah sblm kita sempat realised..

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua tu mungkin la.. lepas ni nak kena tanam banyak2 baru tak kempunan..

      Padam
  4. kecewa dgn sayur sawi & kailan..sumer x menjadi

    BalasPadam