Jom Diet Sihat

Jumaat, 13 Julai 2012

Remayung Merah~ CampakCampakHidup

Saya tertarik kepada remayung/ malabar spinach selepas membaca posting dari beberapa rakan blogger yang menceritakan tentang sayuran ini. Semasa jiran membeli sayur ini, saya minta biji benih darinya.. malangnya seperti selalunya kejayaan tidak berpihak kepada saya bab tanam sayur ni...

namun pada suatu hari saya terpandang cambahan remayung yang tumbuh sekelompok dalam pasu panjang...sebenarnya pasu panjang tersebut saya semai sawi.. tapi semua dimakan siput... yang hairannya remayung tumbuh sihat tidak terusik dek siput atau belalang... ntah dari mana benihnya..saya agak jiran depan rumah telah campakkan benihnya dalam pasu saya...

nampak macam sihat

akhirnya saya putuskan untuk memberi perhatian kepada remayung ni... geram tgk daunnya yang berkilat. bila waktu yang sesuai untuk tuai agaknya...dan bagaimana cara menuai yang terbaik... potong batang, ambil daun sahaja atau cabut terus? sesiapa boleh kongsi...silakan..

4 ulasan:

  1. potong batang supaya dia bileh tumbuh rimbun. tapi batang tak sedap. berserat. makan daun je..saya kadang2 tak termakan tapi still potong2 buang aja bg tumbuh rendang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo...tqvm hernyhafiz.. Saya ingat nak nasak dia mcm bayam...

      Padam
  2. Oh baru saya tahu malabar spinach panggil remayung merah:).

    BalasPadam