Jom Diet Sihat

Khamis, 12 Julai 2012

Kacang Panjang Renek- Berbunga dan Berbuah

Sukanya dalam hati bila pokok kacang panjang dalam pasu dah mula menunjukkan bunga dan buah walaupun masih kecil... Semut pun dah banyak kat pokok ni... Selalunya mereka ternak aphids... memang betul, bila dibelek-belek..nampak aphid jenis hitam beberapa ekor di pangkal buah.. terus tenyeh je... dah dua hari dia kembali lagi..esok kalau makin banyak kena guna resepi semburan organik dari tanamsendiri.com... campuran minyak dan sabun cuci pinggan... setakat ni masih terkawal... kalau ada rezeki bulan puasa ni boleh la makan kacang panjang goreng..

bunganya kembang sekejap je waktu pagi...
buah sulung

syok tgk buah dia terjuntai..
Pada awal menyemai benih kacang panjang ni, saya bercadang untuk gantung pasu ni..sebab tak tahan dengan serangan siput haram tu (babi)... tapi sejak bubuh atas bumbung puyuh ni, tak nampak sekorpun yang panjat naik atas.. gayat kot... alhamdulillah... rasa seronok sgt...

10 ulasan:

  1. Cantiknya :-) Comel tengok kacangnya lagi panjang daripada pasu, kalau di atas tanah agaknya sudah menyapu tanah. Yang saya punya tidak berbunga lagi. Boleh tumpang tanya, yang ini di kawasan teduh atau panas terik? Dan pernah dibubuh bajakah?

    BalasPadam
  2. masa dia kecik tempat ni dapat matagari 3 jam je..sekarang ni dah dapat full sun sampai petang...itu yang dia berbuah... pernah baja sekali dengan baja buatan sendiri.. peram kulit buah-buahan dengan gula merah...

    BalasPadam
  3. benih kacang ni dapat dari mana? hehehe padan muka siput haram tu..mesti dia gayat tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dapat dari tukang kebun kat sekolah... masih ada sedikit dalam simpanan saya kalau puteri purmana nak, kirim alamat nanti saya pos bersama benih bunga telang... tapi tak la segera.. kes tak sempat pergi beli setem ni..

      Padam
  4. yang hitam-hitam tu aphid juga ya? patutlah pokok cili saya tak sihat. Saya tak tahu yang hitam-hitam tu perosak. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba google black aphid.. memang sejenis serangga perosak...

      Padam
  5. eee best nya kalau kita dapat tukar biji benih.ok..u tinggalkan email kat komen ni nanti saya email kan alamat..kalau boleh puan bagi alamat puan terus kat ruang ni boleh saya kirimkan sampul beralamat sendiri dan berstem sedia..puan nanti tak payah susah2, tinggal pos saja..saya berbesar hati kalau dapat benih telang yg macam ros tu.Terimakasih banyak2.

    BalasPadam
  6. P-170 jln semarak 16, tmn semarak, 34200 parit buntar,perak..

    BalasPadam
  7. dah ambik alamat ni, terimakasih..puan.eee tak sabar nak dapat benih telang.

    BalasPadam