Jom Diet Sihat

Isnin, 29 April 2013

Bendi Hujung Nyawa

Pokok bendi dalam bekas gabus hidup dengan suburnya. Malangnya proses pembesarannya tak dapat dikongsi kerana gadjet yang digunakan untuk merakamkan dan menerbitkan tulisan masuk icu hampir 2 minggu. Hehehe. .. Benih bendi ini dibeli di pasaraya. Buah awalnya besar giler tapi tetap lembut. Bila dah sampai hujung nyawa ni biasalah... buah makin mengecil.

Selalunya saya tuai bendi 3 hari sekali. Sekali tuai dapatlah 3 atau 4 biji. Celur buat ulam sedap, masuk dalam kari pun sedap. Tapi awas...Sehari terlewat petik je bendi boleh terus jadi tua.

Apa apapun..puas hatilah sangat dengan bendi ni.

7 ulasan:

  1. memang panjang tul.. tapi muda lagi ke dah tua ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang saya jengkal tu terlewat sehari.. dah tua. buah atas sikit tu masih muda.

      Padam
  2. tak pernah dgr namanya...panjang2..kadang bendi ni sy tak reti nak budget usianya...bila petik dah tua

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha... bukan namanya hujung nyawa.. usianya yang hujung nyawa.

      Padam
  3. Salam Ibu Shafirul,

    Wah panjang2nya bendi! Memang masih besar walau sudah sampai hujung nyawa!

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang panjang betul... pendek kata dapat 3 biji pun dah cukup nak masuk dalam kari.

      Padam
  4. tinggi nampak pokok nie kan...leh tanam lagi tu...:)

    BalasPadam