Jom Diet Sihat

Rabu, 24 Oktober 2012

Gerbera Daisy

Sejarah saya berkenalan dengan gerbera daisy adalah melalui filem hindi Hum Dil De Chuke Sanam.. Di mana bunga ini ialah bunga kegemaran heroinnya..

Masa tu saya tak tau namanya. Cuma mengagak ia dari keluarga daisy saja. Beberapa tahun kemudian..saya jumpa bunga ini dijual di Petaling Street sebagai bunga keratan. Dengan harga RM1 sekuntum... Sering juga saya jadikan bunga ini sebagai hiasan bilik.

Masa tu saya langsung tiada minat berkebun pun. Apa lagi pengetahuan tentang tumbuhan... Mungkin hanya 30% sahaja. Saya anggap bunga ini bunga import dari negara sejuk.

Sehinggalah saya jumpa jiran saya di sini. Bunga daisy peach mekar subur menghiasi taman depannya. Tak sangka... Bila berkunjung ke nursery berdekatan, bunga ini banyak dijual. Betapa ceteknya pengetahuan saya masa tu.. Hehehe..

Gerbera adalah sejenis bunga yang sangat tahan panas. Pokoknya juga lasak dan keupayaan untuk hidup sangat tinggi. Pokok gerbera tak perlu dimanja pun.. Cuma pastikan pokoknya diletakkan di kawasan yang mendapat cahaya matahari yang banyak supaya selalu menghasilkan bunga.

Daripada pengalaman saya.. Gerbera saya pernah berbunga sehingga 6 kuntum sekaligus untuk satu pokok. Masa tu saya gunakan compost tea buatan sendiri. Bunganya juga bersaiz besar.

Sekarang ni lama dah tak belai dia.. Tetap berbunga juga tapi bunganya bersaiz kecil dan bilangannya berkurang...





10 ulasan:

  1. cantiknye,kalau tanam banyak2 dan berderet2..mesti cantik terus feeling ala2 hindustan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tanam atas tanah mesti cantik... boleh membiak banyak..

      Padam
  2. ala ala comel sungguh....dulu ada tanam..kak sepupu kat cukai kemaman yg kasi...

    BalasPadam
  3. uk aloh..gerammnyee..ni masa beli, anak pokok ke atau tanam benih?

    BalasPadam
    Balasan
    1. beli mak pokok dah... dah ada bunga.. balik bela jee.. sekarang dah hampir 3 tahun menghuni taman ni.. lasak pokok ni..

      Padam
  4. Lynn pernah beli kat CH. Hampeh, tahan 2 minggu jer!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau beli kat CH..kena letak tempat teduh dulu lynn... lepas tu pelan2 bawak ke tempat panas... dia mati terkejut tu.. nursery tempat saya beli ni pun ambik stok dari cameron juga..

      Padam
  5. cntiknya bunga ni, tp x berani tanam takut susah jaga. rupanya pokok ni senang jaga ye.. nk cuba tanam jgk lah!

    BalasPadam
  6. boleh tanya, cara dan bahan untuk buat compost tea?

    BalasPadam