Jom Diet Sihat

Isnin, 29 Oktober 2012

Salad

Salad sebenarnya bukanlah pokok yang menjadi pilihan saya sngat pun untuk ditanam. Tak tau lah kenapa. Takde alasan. Saja je tak suka. Tapi bila dah berjaya dengan pokok salad ni.. Rasa seronok la pulak.
Benih salad ini saya dapat dari blog www.tanamsendiri.com. Benih lama dah...tersimpan dalam peti ais. Masa nak semai tu main campak je dalam bekas bersama spinach. Percambahannya sangat cepat. Hari kedua semai dah tumbuh.. Banyak anak pokok salad keluar.
Bila dialihkan.. Tak banyak anak pokok yang selamat. Semua cambahan yang ditanam di laman belakang kena serang. Siput la belalang la kucing la tikus la... Tapi alhamdulillah pokok di laman depan boleh survive dengan jayanya.
Pokok salad di laman depan ni ditanam dalam pasu bersama asiatic lili yang tak tumbuh2 sampai hari ini.. Ada juga dalam bekas tomato gantung.
Anehnya walaupun salad ni sama usianya..namun pembesarannya menunjukkan kelainan. Yang mana kena matahari pagi saiznya besar beza dgn yang lain.. Padahal pasu duduk sebelah menyebelah je...

dalam bekas gantung

ini paling besar...

ini paling bantut.. pokok yang nampak tu asiatic lili yang dok macam tu dah lebih 2 bulan

saiz sedang-sedang

cambaham salad

10 ulasan:

  1. saya tak suka tanam salad sebab dia pokok paling ulat suka... mungkin sebab salad ni daunnya manis kan... tak sempat rasa pokok dah rongak... ulat makan dulu... lepas tu laju pulak diorg makan... hari ni tengok macam ok... esok lusa tengok dah habis... penat la nak jaga salad ni... :(

    BalasPadam
  2. nanti dah tuai cuba rasa, saya ada tanam dah, tapi kalau lama sangat kena panas jadi pahit sikit

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada cubit sikit rasanya memang ada yang pahit..tapi ada juga yang tak pahit

      Padam
  3. sihat nya salad ni.sya ada semai jgak benih salad ni tapi x bercambah lg..sbar menunggu ni..

    BalasPadam
  4. Salam,

    Jeles betul tgk salad akak yg menjadi tu..tangan saya ni x pernah menjadi kalau nak tanam salad..even benih dari tanamsendiri.tak jugak bercambah..wuwwuwu..ada tips tak?huuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba tukar jenis tanah... mungkin tanah tak sesuai disebabkan pH yang tak sesuai... akak guna tanah keluaran peatgro. tanahnya nuetral..

      Padam
  5. ok..terima kasih atas maklumat..tanah peatgro akak beli di sungai buloh ke?kebanyakkan nursery di bangi ni jual tanah yg paket kaler kuning dan putih tu..saya x ingat keluaran mana..sepeket warna kuning tu RM 1.50 dan yang putih berbaja tu RM 2.00

    BalasPadam
  6. hm.. lynn kasi benih salad ni pada abah tanam kat kg. memang menjadi, cantik sgt. Dia x survey dulu harga main jual jer, sepeket RM1, sedangkan kat Mydin pun mahal nih..

    BalasPadam