Jom Diet Sihat

Selasa, 23 Oktober 2012

Portulaca / Kembang Pagi / Pukul 10

Pokok ini dikenali juga sebagai ros jepun, bunga kembang pagi dan juga pokok bunga pukul sepuluh. Terdapat banyak jenis.. Pelbagai warna dan saiz.. Yang saya tunjuk ini jenis bunga selapis dengan kelopak besar.

Pokok kembang pagi ini tak perlukan banyak air sangat. Senang nak jaga. Nak pastikan dia berbunga cuma perlu letak tempat panas...

Yang ini saya tanam dalam pasu gantung tapi masih belum digantung.. Alangkah indahnya membayangkan pokok ini ditanam sebagai tutup bumi..

Penanamannya juga teramatlah senang. Cuma perlu cucuk batangnya.. Sewaktu kecil saya perasan pokok ini menghasilkan benih. Hitam halus seakan benih petunia. Tapi sekarang tak pula jumpa benihnya.. Agaknya pokok hybrid kot..

Saya tak pasti tentang perosak. Di laman saya ada banyak belalang dan siput yang selalu kendurikan anak pokok sayur...tapi setakat ini pokok ni depa tak usik. Cuma jangan terkejut banyak koleksi kembang pagi saya mati diserang bena putih di bahagian akarnya masa cuaca panas dulu..



11 ulasan:

  1. Baru je cakap dengan kawan-kawan, kenapa orang suka tanam rumput yang kemuncup tu, tak tanam ros jepun. Kan cantik, tak perlu di mesin, ada bunga lagi.. Dulu masa sekolah, saya gunakan bunga ni untuk buat projek taman mini, senang sangat hidup dan cantik bila berbunga lebat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. depa tanam rumput sebab lasak..kalau dipijak pun tak akan mati atau rosak... tapi bunga ni sangat cantik kalau tanam sebagai border kawasan...

      Padam
  2. cantek bunga ni.. mmg waktu pagi dia kembang mekar.. kang petang2 sikit semua kucup mcm layu.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang... sekuntum bunga hanya tahan setengah hari je... tapi esok kembang yang lain pulak. ikut turn masing2..

      Padam
  3. dulu - dulu kita panggil pokok bunga lipan

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo...info baru ni.. kalau tempat saya..bunga lipan jenis lain..jenis merayap bunga kecil warna merah.. daunnya seperti kaki lipan..

      Padam
  4. lynn punya dah kena attack dgn bena..

    BalasPadam
    Balasan
    1. pokok saya pun banyak yang kena bena. depa serang akar.. tak sedar pun...tau tau pokok mati..

      Padam