Jom Diet Sihat

Ahad, 16 Disember 2012

Tomato Ranum

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog. Lama sungguh rasanya tak menulis sesuatu di sini. Ingatkan masa cuti sekolah boleh update blog banyak2... Rupanya bila cuti ni momentum tuan punya blog mcm lemah sikit. Keje tengok tv dengan layan hero sorang ni je. Bukan tak de perkembangan pasal pokok di laman... namun malas nak menulis dan rakam gambar. apapun lepas ni saya akan cuba juga sekurangnya satu update sehari.

Kali ni nak kongsi pengalaman makan tomato ranum dari laman. Rasanya yang manis...pejal dan rangup... sehinggakan hero saya cakap buah anggur... Sayangnya buah tak banyak... Sekadar buat kudap kudap je... berebut dgn anak.. tunggu la kot kot dia tak nak dia punya...hehehe.. Betul kata ejamaria... kalau dah merasa tomato sendiri..mesti tak puas hati tomato kedai...

Memandangkan anak pun suka makan tomato ceri ni.. lepas ni nak tanam banyak2... Benihnya saya ambil dari buah ranum yang dibeli di jusco. tulis kat situ plum tomato...

JOM TANAM TOMATO....




5 ulasan:

  1. hehehe... manis kan tomato tanam sendiri... :)

    BalasPadam
  2. bentuk dia lagi panjang, byk jenis rupanya..

    BalasPadam
  3. ejaMaria... yang tanam je tahu kan kan kan

    lynnhelite.. ha ah...buah asalnya lagi besar dan lonjong..yg ni kecik sikit..tapi rasanya lebih manis dan rangup..

    BalasPadam
  4. Cantik buah ni. Tomato kuat makan baja terutamanya ketika berbunga dan berbuah. Tomato booster banyak dijual di pasaraya atau di nurseri. kalau nak bancuh sendiri, gunakan baja yang kaya dengan potash (kalium), kalsium dan beberapa mikronutrien. Saya guna kepala ikan bilis yang dijual murah di pasar barang beku.

    BalasPadam
  5. cantik n sedap... 2 in 1..suh hubby tanam la..huhuhu..

    BalasPadam