Jom Diet Sihat

Selasa, 16 Oktober 2012

Temupauh Ulam Kegemaran

Temupauh atau temumangga atau kunyit putih mendapat nama daripada aromanya yang seakan mangga muda. Khasiatnya pula dikatakan baik untuk pelawasan.. Meningkatkan selera makan.. Mengecutkan rahim.. Membuang angin.. Dan mengurangkan panas badan.. Ada juga yang mendakwa temupauh ini mempunyai khasiat anti kanser. Sejauh mana kebenarnnya..saya sendiri tak pasti.
Temupauh merupakan ulam kegemaran kami sekeluarga. Rasa dan aromanya tak dapat saya ceritakan. Nak makan sebagai ulam...saya tuai semasa ubi rizomnya masih muda. Caranya tengok daunnya klau ada satu atau dua helai daun yang tunjukkan tanda kekeringan..cepat cepat tuai. Kalau tunggu daun kering sangat nanti rizomnya tua. Satu lagi cara ialah korek pangkalnya dan periksa sendiri..
Rizom muda berwarna putih kekuningan seperti dalam gambar di bawah. Kalau dah tua..temupauh boleh juga dibuat jeruk. Hiris nipis dan jeruk dalam cuka. Sedapp...

dalam keterujaan menuai..lupa pula nak ambil gambar pokok dan daunnya... tunggu tahun depan la pulak.

hasilnya

sedia dimakan

3 ulasan:

  1. saya tanam tapi tak ter-makan-makan... hahaha... kurang reti nak berulam bagai ni... tapi takpe nanti saya cuba juga makan... ;)

    BalasPadam
  2. selain makan sebagai ulam... boleh juga dibuat jeruk atau kerabu... nak buat kerabu tu kurang pasti caranya...cuba google tgk..

    BalasPadam
  3. Salaam,apakah ada benih temu pauh untuk di jual?

    BalasPadam