Jom Diet Sihat

Sabtu, 23 Jun 2012

Pokok Jolok Cacing

Pokok jolok cacing ni saya kenal masa zaman kanak2 lagi.. tapi masa tu tak tau namanya dan apa kegunaannya. Perkenalan saya dengan pokok ini menjadi lebih rapat apabila anak saya berumur 9 bulan, didapati terdapat cacing jarum dalam najisnya. bila ke klinik, doktor enggan beri ubat kerana ubat cacing tidak dibenarkan bagi kanak2 berusia bawah 2 tahun. Puas mencari petua orang2 lama. Antaranya minum air didihan nasi, mandi air kucai, minum jus timun batang...

Sehinggalah ada seorang kawan dari utara memaklumkan kepada saya akan pokok jolok cacing ni. maka bila di google, kenal la pokoknya..masalahnya jenuh cari di Parit Buntar, tak jumpa... sampai ke Sungai Petani suami saya cari... akhirnya seorang rakan beri pada kami.
ini la pokoknya, daunnya berkedut-kedut... 
Cara nak guna untuk rawat kecacingan ialah dengan ramas daunnya (saya blend dgn batang sekali) dalam air mandian anak... mandikan waktu petang.. jangan bilas dah. biarkan air tu kering di badan..mandikan selama tiga petang berturut2.. tapi AWAS!!! Jangan mandi kepala... bila dah lepas mandi tu, saya rasa badan anak saya panas macam orang demam. tapi kepalanya langsung tak panas...
ini pula bunganya..pinjam dari google
Kalau tgk kuntum bunganya bewarna biru, tangkai bunga memanjang mcm cacing (agaknya sebab tu namanya begitu). Bunganya pula akan kembang bergilir dari bawah ke atas. Ada juga bunga putih tapi pokok di rumah saya berbunga biru..Pokok saya takde bunga sebab baru je dicantas.. dah terlalu rimbun..kalau ada nanti saya akan postkan bunganya untuk lebih jelas.

9 ulasan:

  1. pokok ni jumpa di nursery ke atau tumbuh meliar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tumbuh liar je... tapi sekarang susah nak jumpa.. pun tak tau cemana nak biakkan pokok ni, biji benih tak nampak pulak.. kena study lagi ni.

      Padam
  2. pelik namanya. dulu masa duduk kat kg biasa jumpe tumbuh liar pokok ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dulu pokok ni mmg banyak..tapi sekarang dah susah. agaknya selalu kena racun tak sempat membiak..

      Padam
  3. ohh..pokok ni saya baca dalam buku nama dia selasih dendi. Dekat kampung suami banyak dan gemuk..

    BalasPadam
  4. Saya tengah mencari pokok ni.. Klu ada sy nk beli, sy tggl di area shah alam. Klu ada sms sy - 0133835582 - azizie tqvm.

    BalasPadam
  5. kat rumah saya cukup banyak..
    dekat jerlun kedah... :)

    BalasPadam
  6. dekat rumah saya pun ada juga.. dekat alor setar kedah .. :-)

    BalasPadam
  7. Kt kg tonsom jalan pancaran tv langkon juga banyak.tk henti tumbuh d sabah bah

    BalasPadam