Jom Diet Sihat

Sabtu, 9 Jun 2012

4th Trip To Cameron

Cameron Highland adalah syurga bagi penggemar bunga-bungaan dan sayur-sayuran di Malaysia.. (siapa setuju angkat tangan)...Kunjungan kali ini adalah yang keempat bagi saya. Pun masih rasa tak puas... Sampai kat sana lebih kurang pukul 4 pm, terus check in kat hotel titwangsa.. (puas survey nak cari yg terbaik). first impression ok la, bersih, tapi sedihnya dua katil single tu dah goyang2... katil super king ok. bilik pun bersih dan ok je. masalahnya cuma satu, bilik yang kami dapat terletak di bawah tangga, (bayangkan stor bawah tangga)..kepala asik terhantuk je bila nak ke tepi tingkap. Lupa pulak saya ni ada blog, jadi tak ingat amik gambar bilik. Hotel sediakan breakfast dan steamboat dinner...
 Sarapan saya roti bakar dengan jem strawberi dan kaya buatan hotel sendiri...ada banyak pilihan sarapan seperti nasi lemak, mi, kuetiaw, bihun...tapi dah dtg cameron, makan la jem strawberi kan..
 ini pula buffet steamboat. buffet untuk sayur-sayuran sahaja.. yang lain2 tu hotel hidangkan. terus saya jadi ala2 kambing makan watercress. fisrt time cuba dan rasanya sangatlah sedap.
anak teman nak makan dgn chopstick jugakkk...

Seronok tengok tanaman di sini... sebelum balik sempatla beli sikit2 pokok bunga.. pasal cik abang sayang dah warning...tak muat keta nak balik...  

Kekwa kecik2 3 pasu rm10
 kuning
 ungu
 2 tone ungu
yang ini di cameron namanya pelargorium, tapi macam geranium... sama kot..cantik bunganya...

semalam mimpi masih di cameron, siap cakap dgn abang sayang, "bang, nanti sebelum balik kita gi mardi lagi sekali ya" ... bila jaga, dah atas katil kat rumah rupanya... tak puas... insyaallah kalau panjang umur, tahun depan kita pergi lagi...

2 ulasan:

  1. Cameron highlands memang sangat best. Banyak-banyak tempat, cameronlah antara tempat yang saya tak kisah pergi banyak kali. Tapi baru 3 kali pergi. Hihihi

    BalasPadam