Jom Diet Sihat

Sabtu, 9 Jun 2012

Mardi AgroPark Cameron Highland~Suatu Kemestian

Sekiranya berkunjung ke Cameron Highland, tidak sah kalau tidak ke Mardi. Saya petik kata2 ini di sebuah blog (maaf lupa namanya). Memang benar apa yang dikatakan penulis blog ini. 3 kunjungan saya ke CH sebelum ini saya tidak ke mardi..1.tak tahu, 2. tak sempat, 3. mardi tutup sementara... yang ke-4 ini, alhamdulillah, ada jodoh dengan mardi ni. Melangkah masuk ke mardi umpama membawa saya ke alam fantasi... mana tidaknya, bunga-bungaan di sini memang jarang dilihat di tanah rendah...landskapnya pula cantik.. selama ini saya cuma membayangkan diri duduk di english garden, tapi di sini, angan jadi kenyataan...
Indahnya pengalaman boleh menatap sendiri bungaan ros, foxgloves, geranium, gerbera, dll...
jade vein~unik

bunga apa ni? seakan daisy
pelargorium@geranium...mana satu?

daisy family jugak kot

foxgloves...cantik
ada peminat...
gerbera- subur sungguh, batangnya pun sebesar jari kita...


ada banyak jenis sebenarnya bunga di sini. tapi ini sahaja yang sempat dirakam... sebab si kecik tu berebutkan hp...dan dia yang menang...

11 ulasan:

  1. cantiknya..baru sekali sampai cameron highland. lain kali kalau ada rezeki mesti nak singgah sini. mesti! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. mesti wani..mesti...dok lama2 kat sini semua ada..

      Padam
    2. Sayang, sesetengah polok tak suai tanam di bawah. Macam lipstick plant, kalau bawak turun, sekejab ajer memupus.

      Padam
    3. tengok jiran saya tanam lipstik plant ok je... dah dekat 2 tahun dah kot...

      Padam
  2. ya betul.. Mardi mesti kena singgah..
    2 minggu lepas saya ke sana, dpt sewa banglo Mardi sebab sis-inlaw kerja ngan Mardi.. memang best dpt tengok bunga2 mekar, ikutkan hati memang nak jer cabut 2,3..tapi takuttttt

    BalasPadam
    Balasan
    1. banglo mardi tu pun ala2 english cottage kan?... kalau dok situ lagi senang la nak tgk bunga..

      Padam
    2. Adik tiri chef ada duduk d asrama hospital tanah rata. Dekat ler dgn mardi tu.

      Padam
  3. geram betul tengok gerbera tu..eiii geerammmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita tanam gerbera kat bawah ni bunga tak mau besar mcm kat atas tu. tapi gerbera saya pernah kembang 6 kuntum sekaligus untuk satu pokok...mmg syok kalau banyak2...

      Padam
  4. Saya dah lama tak pergi Cameron Highland pernah sebelum masuk sekolah je dulu. Oh gerbera yang second last tu ada dekat taman saya...hehehe...hari tu bulan 5 lepas sempat saya pindahkan ke Sungai Buloh. Keratan geranium banyak kali dibawa balik ke Sungai Buloh dari taman saya tapi asyik tak menjadi je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh, geranium boleh dibiakkan mll keratan batang ke? saya ingatkan mll biji benih sahaja... geranium saya ni pun tak tau la panjang umur ke tak, saja test..ikutkan tokey nursery tu boleh sajee..

      Padam