Jom Diet Sihat

Jumaat, 15 Jun 2012

Markisa Dah Berbunga

Pokok markisa ni saya beli di pesta orkid pulau pinang disember tahun lepas... anak pokok setinggi 1.5 kaki berharga rm15...bila balik baru teringat..err..rumah saya takde tempat nak tanam pokok ni... maka saya bawaklah pokok tu serahkan kepada Pak Su Ya tukang kebun... Semua tertanya-tanya... cemana rupanya buah markisa ni.. rupanya ramai yang masih tidak kenal akan buah sedap ini.. Dengar juga Pak Su Ya bersungut buah ni tak tunjuk apa-apa tanda nak berbuah pun...(pokok lain yg dia tanam semua dah berhasil)... Menurut tuan is dari tanamsendiri...pokok ini mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan untuk berbuah sulung...  Akhirnya....
putik bunga-dihurung semut hitam
Saya perhatikan banyak putik2 bunga yang masih kecil dah muncul... ini yang paling besar.. bunga sulung kot..banyak pula semut hitam yang hurung putik2 bunga yang belum kembang ni.. saya cuba perhatikan kot2 ada kutu thrips yang warna hijau tu.. tapi alhamdulillah tiada...


3 hari kemudian- mekar



inilah kali pertama saya lihat sendiri bunga markisa..selama ni tgk dalam gambar je...bunganya mmg cantik. Saya pun tak tau buah yang terhasil nanti warna ungu atau kuning, kalau ada rezeki, kita tunggu je la hasilnya nanti. Semoga adik2 bunga sulung ni pun muncul ramai2 lepas ni... kalau rakan2 ada tips tentang markisa ni bolehlah kongsi dengan saya...

8 ulasan:

  1. he he heee... berbunga juga akhirnya kan... En Iskandar kata kena ada at least 2 pokok supaya blh berlaku pendebungaan, kalo x mgkn bunga x menjadi buah. Kat rumah saya rasanya berwarna ungu, tgh tunggu buahnya matang

    BalasPadam
  2. yg ni tak tau la menjadi ke tak.. bunga kembang tunggal.. dia test keadaan dulu kot...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tekaan saya mesti buah warna purple sebab warna bunga kat tengah tu warna purple ;)

      Padam
    2. oo..ye ke tgk mcm tu? bunga yang ni belum menjadi sebab bunganya asyik kembang sekuntum satu masa..mcm mana nak kawinkan ni...

      Padam
  3. Apa cite markisa? Saya ada sepokok orang bagi. Dah cuba semai dengan anak benih, tak jugak menjadi.

    BalasPadam
  4. Markisa : Jus / Buah / Benih 012-4448234 (Pembekal di Butterworth, Pulau Pinang) 12-1-2013

    BalasPadam
  5. Markisa : Jus Segar / Buah Segar / Anak Benih. Sila hubungi 012-4448234 (Pembekal di Butterworth, Pulau Pinang) 12-1-2013

    BalasPadam
  6. Markisa : Jus Segar / Buah Segar / Anak Benih. Sila hubungi 012-4448234 (Pembekal di Butterworth, Pulau Pinang, Malaysia) 12-1-2013

    BalasPadam