Jom Diet Sihat

Sabtu, 23 Jun 2012

Kejap Ada Kejap Takde

Cabaran saya menanam di kawasan rumah saya ada banyak.. masalah utama ruang tak banyak... masalah kedua(menguji kesabaran) pokokku dan bungaku sering dicuri.
zinnia merah...Apa nama kampung dia ekk?
Pencurinya tak tahu la siapa, macam nak pasang cctv je... pagi ada petang hilang. hari ni ada, esok takde... saya tau bunga saya  cantik. Kawasan rumah saya ni ramai penghuninya kaum india (maaf, saya bukan racist).. bunga saya dah 3 kali hilang waktu petang, hari selasa, jumaat dan selasa.. hari masyarakat india beragama Hindu sembahyang.
tinggal daun je-3 kuntum bunga sulung hilang - pasu kanan.
ingatkan sekali tu je la orang itu ambil, rupanya selang seminggu kemudian, dia ambik lagi. Dan yang terbaru hari selasa 19.jun, hilang lagi 2 kuntum. 
dua kuntum dah hilang..
Adoiiiii...sakitnya hati nii... sebenarnya dah banyak kali bunga saya hilang termasuk orkid, dan daisy. Mula2 saya ingatkan budak2 yang petik, tapi bila bunga orkid yang gantung kat bumbung pun hilang apa cerita...
Sebenarnya jiran saya ada maklumkan dia pernah nampak sekali ada orang ni ambik, tapi saya tak mau nak bising2 sebab kita hidup berjiran. Apa patut saya buat... SAKITNYA HATI NIIII...

10 ulasan:

  1. cctv..bernas tuuu..takde pagar ke rumah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rumah kos rendah, pagar garaj kereta saja...pasu pokok semua di luar..

      Padam
  2. Serba tak kena dibuatnya kalau yang ambil tu jiran2.... Cuba hulur sekali sekala, biji benih ke, anak pokok ke. Mungkin reda sikit lepas tu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. kami jiran2 memang rajin bertukar2 benih dan pokok.. tapi yang sorang ni tak minat pun,..tapi lepas ni saya nak cuba beri anak pokok dengan pasu sekali kat dia... harap2 lepas ni tak ambil lagi.

      Padam
  3. jgn marah2 dia..nanti sakit hati habis sepasu diangkut!. Idea menghulur benih tu boleh dicuba..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...betul betul lynn...kena angkut habis la satu tamanku..

      Padam
  4. cantik zinnia tu banyak lapis. sabar ye kak.kena letak noticeboard kalau nak bunga mintak izin dulu. ;>

    BalasPadam
  5. Mengancam sangat zinnia tu. Merah menyala :).

    BalasPadam
    Balasan
    1. terimakasih TukangKebun.. dlam usaha nak kumpulkan benih bak tanam semula lepas ni..

      Padam