Jom Diet Sihat

Rabu, 13 Februari 2013

My Mini Container Garden

Ada beberapa orang teman dan pengunjung blog yang bertanya.. besarkah laman saya. Macam-macam pokok tanam.
Sebenarnya laman saya sangatlah sempit. Saya bahagikan laman saya kepada tiga bahagian. pertama Laman Depan, kedua Laman Belakang dan ketiga Laman Jiran. Setiap laman boleh memuatkan lebih kurang 6 hingga 8 buah pasu.

Di sinilah tempat saya bereksperimen dan bersantai. Saya suka mencuba sesuatu tanaman. Jadi saya tanam pelbagai. Ada sepokok atau dua pokok setiap jenis.. Tapi sekarang ni rasanya nak ubah cara la pulak.

Dulu banyak tanam pokok bunga..tapi saya nak cuba tukar konsep kepada edible garden pulak. Lepas ni saya nak cuba tanam sejenis atau dua jenis sayur dalam satu masa. Biar puas bila menuai nanti.

Banyak pokok bunga dah diagihkan kepada rakan dan jiran. Tunggu masa nanti nak tukar sepenuhnya kepada pokok sayur.





11 ulasan:

  1. cantik la......sejuk mata memandang. :)

    BalasPadam
  2. oklah panggil gunakan ruang yg ade..:)

    BalasPadam
  3. Ruang kebun saya macam dalam gambar pertama.. Oh ya bunga apa yang pink dan putih tu? Cantiknya..

    BalasPadam
  4. gambar no.2, dalam pasu besar tu pokok apa? pokok tu dah nampak sangat besar.

    BalasPadam
  5. Banyak hasil ni. Suka tengok pokok rosemary besar dalam gambar kedua, tepi dinding batu kuning tu.

    BalasPadam
  6. Salam.

    Ruang yang walau sempit bila dimanfaatkan sepenuhnya akan membuahkan hasil yang maksimum!

    BalasPadam
  7. uih..maknanya lynn ni mmg tamak la.. rasanya corner lot tu pun dah makin sempit. (hari tu dok sembang2 ngan cik abg, bolehkah kita beli rumah yg lamannya laaagggiiii luas?) dia buat2 tak dengar jer..he he. Buat masa ni konsep tanaman di rumah lynn senang, depan pokok bunga, belakang sayur/buah. tepi? suka hati..so memang caca marba.

    BalasPadam
  8. Salam..sukanya sy tengok pokok pelbagai jenis... sy tunggu renovate belakang rumah sy pastu semua tanaman herba akan di alih ke belakang senang sikit kojo memasak.

    BalasPadam
  9. takpe laman kecil... janji ada manfaatnya....
    saya dulu duduk apartment je... semua pokok mmg dalam pasu je... tanam yg perlu... tak cukup depan... kat grill tingkap dapur (grill ada extend 1 kaki keluar) saya letak lagi pasu utk pegaga, kesum, kunyit... hihihi... pening suami saya... ;)
    sudahnya bila dpt rumah atas tanah... haa... ambik... suami suruh kerjakan sepenuhnya depan belakang... :)

    BalasPadam