Jom Diet Sihat

Selasa, 15 Januari 2013

Tomato Ceri Berbuah Lebat

Sebenarnya saya ada menanam 6 pokok tomato ceri di laman. 5 di laman depan dan 1 lagi di laman belakang. Pokok di laman depan banyak bunganya. tapi buah kurang jadi. hanya keluar 5 ke 7 buah sepokok. Tapi rasanya manis mcm anggur. bunga jadi kering. tak tau kenapa. saya agak mungkin pendebungaannya tergangu sebab selalu hujan lebat.
pokok belakang yang satu tu pulak..jarang dijenguk. siram pun selang selang hari je. kalau hujan tak siram sampai seminggu. tapi terkejut tgk buahnya banyak la pulak. mungkin sebab pokoknya agak terlindung.. letak bawah bumbung. tapi buah rasaagak tawar. tak sesedap tomato dari laman depan. agaknya kurang cahaya kot...
tapi semenjak hari kembali panas dua tiga mingu ni.. pokok tomato laman depan dah menunjukkan banyak putik buah muncul. tak sabar tunggu masak.


12 ulasan:

  1. tahniah dan alhamdulillah. tak jadi ke tanam tomato terbalik tu..kalau ada kongsi tengok ya.

    BalasPadam
  2. hehehe... tomato saya dah abis musim... 3-4 kali bunga je... pokok kering... tengah semai benih baru... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni pun dah dekat nak kering dah pokoknya... lepas ni nak tanam tomato besar pulak..

      Padam
  3. Salam,

    Boleh rasa betapa sedapnya buat salad dengan tomato ceri ni!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kami tak sempat buat salad.. petik je terus masuk mulut.. basuh pun tak dan... heheh

      Padam
  4. Ya , saya sudah book page ni sebab saya pun suka benar menanam... patut dulu jadi petani moden je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini. sebenarnya semakin ramai pekebun secara hobi dah ada blog. boleh tgk list di sebelah kanan tu.. welcome to the club.. hehe

      Padam
  5. Lumayan lumayan sedap tomato sendiri dari yang kedai.

    BalasPadam
  6. sy ade tanam tomato besar...pokok tinggi dlm 2 kaki...tp ukur lilit batang kcik sikit dri saiz pensel mcm mne ye?

    BalasPadam