Jom Diet Sihat

Selasa, 29 Januari 2013

Salad Pepperomia / Sirih Bunian

Saya mengetahui bahawa salad pepperomia boleh dimakan melalui blog tanamsendiri.com. Walaupun dah mengenali pokok yang dianggap rumpai ni sejak kecil..tapi tak pernah mencubanya pun.. Bila penulis blog tanamsendiri menyarankan tumbuhan ini..saya pun cuba.. err.. mmm... tak berapa kena dengan lidah saya. Rasanya inilah yang memberikan namanya kot..sirih bunian.. rasa seakan sirih tapi lembut dan rangup.

Namun tumbuhan berbatang lembut ini menjadi kegemaran ramai di seluruh dunia. Malahan di negara barat..ianya ditanam... kiranya kita ni beruntung sangatlah salad ini tumbuh mcm tu je.

Ada sahabat yang sama berminat dengan pokok mengatakan salad pepperomia ini mempunyai khasiat perubatannya sendiri. Antaranya untuk yang sakit lutut..boleh lumatkan daun dan batangnya lalu ditempelkan pada lutut.

Salad pepperomia tumbuh sebagai rumpai di laman belakang saya. celah celah retakan simen pun boleh survive.. banyak juga anak pokok salad ini tumbuh dalam bekas gabus... sayangnya saya tak gemarkannya..klau tak..kenyang ler makan...



8 ulasan:

  1. hihihi... samalah kita... tak berapa kena dgn tekak... :p
    sudahnya mmg cabut buang je...

    BalasPadam
  2. saya pun pernah dengar tumbuhan ni boleh di makan..byk tumbuh meliar tp sy x berani nak cuba. boleh kongsikan ape khasiatnya?

    BalasPadam
  3. lupa sy kat mana penah tgk blogger buat salad campur dgn tomato ceri dan thousand island...tapi sy tak try lagi..selalu je terlupa..cabut buang..biasanya ada dalam pasu celah-celah bunga kertas.

    BalasPadam
  4. Saya dah try makan. Sedap rasanya dimakan begitu saja...buat ulam...En.Is jugak yg suggest dlm blognye. He he :)

    BalasPadam
  5. tak tahu plak pokok ni blh mkn

    BalasPadam
  6. hm..dah cuba sekali, kembang tekak. Benda yg kita taknak tu lah byk tumbuh sana sini

    BalasPadam
  7. Pokok ini di utara semenanjung di kenali sebagai sireh cina.Sangat mujarab untuk mengubati penyakit kayap.Cara meyediakannya sangat mudah- pokok ditumbuk dengan bedak sejuk tanpa perlu campur air sebab pokok pun dah lembut dan berair. kemudian disapukan terus pada bahagian kayap. InsyaAllah jika diizinkan cepat sembuh.

    BalasPadam
  8. Dibahagian utara semenanjung pokok ini dikenali sebagai sireh cina.Amat mujarab untuk mengubati penyakit kayab.Cara menyediakannya sangat mudah. Selepas dibasuh pokok tersebut ditumbok dengan bedak sejuk tanpa perlu campur air sebab pokok memang lembut dan berair.Kemudian sapukan dibahagian kayap.InsysAllah jika diizinkan sembuh dengan cepat.

    BalasPadam