Jom Diet Sihat

Rabu, 1 Mei 2013

Laman Makcik

Minggu lepas berkesempatan pulang ke kampung atas suatu urusan. Bila terkenangkan laman rumah kampung yang luas terbentang tanahnya,  eiii cemburunya.. Malangnya kadangkala ada sahaja halangan untuk bertani ni. Makcik ada ruang dan termasuk dalam golongan bertangan sejuk... kekangannya adalah masa. Demi menguruskan anak bersekolah dan suami yang diserang angin ahmar, dia tak berupaya nak mengerjakan tanah yang luas tu.

Namun masa luang yang ada tetap diguna untuk tanam beberapa beg hitam pokok cili jenis putih, terung, pegaga dan sepokok mahkota dewa. Dalam besen semaian masih ada cambahan petola dan timun. Paling geram tengok pokok pegaga kampung yang subur menghijau. Sebenarnya tempat tanam pegaga tu adalah tempat lubang keluar air mandi bilik air.. maklum sajalah kelembapan dan baja semulajadinya...

Apapun jom la layan gambar kebun mini makcik saya.

10 ulasan:

  1. Banyak jgk yg ditanamnya kan..sejuk mata mandang gitu...

    BalasPadam
  2. subur pegaga di tempat macam ni..menjadi-jadi hidupnya ya... tanaman lain pun cantik juga suburnya..

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum......

    Saya ni baru jer jenguk blog ni....nak kutip info utk tanaman saya jugak...tp saya tgk tanaman org lain semuanya gemok2 tanaman saya plak kurus melidi jer...

    BalasPadam
  5. jeles jugak ni tgk pokok terung & pegaga tu..subur betul

    BalasPadam
  6. Salam Ibu Shafirul,

    Seronok tengok sayuran menghijau. Asal ada kemahuan, semuanya menjadi belaka! Pegaga kampung pernah Mak Aji tanam, bila dibiarkan elok subur, dipindah ke pasu kurus keding pastu tinggal arwah saja.

    BalasPadam
  7. subur2 pokoknya, mesti tgn makcik sejuk

    BalasPadam
  8. kesesuaian tanah & cuaca..campur pulak ngan baja, mesti jadi. Cuma menanam ni byk musuh spt serangga, siput, bena, burung, etc..

    BalasPadam
  9. Salam Pn Shafirul dan salam kenal

    Seronok singgah diruang yang menghijau ni. Saya juga gemar tanam menanam ni.

    Subur semua yang ditanam tu.

    BalasPadam
  10. Salam Ibu,

    subur-suburnya tanamn Ibu... saya baru je belajr menanam walaupun umur dh nak setengah bad... maklumlah baru je pindah..dapat pulak tanah sikit... banyak jugak dah tanam.. memang tenang je kan setiap hari tengok tanamn kita ni... Ibu ni kat mana ye?
    Suzie Melur

    BalasPadam