Jom Diet Sihat

Jumaat, 28 Disember 2012

Miracle Tonic ~ Baja Orkid

Saya terjumpa dengan miracle tonic ini di Floria 2012. Menurut penjualnya..tonic ini sesuai digunakan untuk semua jenis pokok. Jadi sempatlah beli dua botol. Harganya pun agak murah RM15 untuk dua botol. Bila balik rumah terus cuba. Bancuhkan satu penutup tonic dengan 2 liter air. Spray semua pokok. Seminggu sekali je.

Selepas dua minggu... perubahan ketara nampak kat pokok orkid. Semua pasu orkid mengeluarkan putik  bunga. Serentak. Bunganya keluar bersambung tak berhenti sampai la hari ni. Ramai yang menegur.

Oh..jangan ingat saya promote pulak. Saya cuma kongsi je. Sebab ramai juga pengunjung blog yang bertanya rahsia orkid berbunga rancak.. Saya tak dapat apa pun. Tonic ni pula saya tak pernah jumpa di kedai. Saya sendiri beli di floria dan maha. Kalau sesiapa berminat bolehla zoomkan mata tgk no telefon kat belakang tu.

Tapi ada juga tak bagusnya tonic ni. Apa yang saya perhatikan pokok orkid menjadi kurang subur. Mungkin terlalu banyak nutrien dan tenaga digunakan untuk  berbunga. Penyelesaiannya beli la baja untuk pertumbuhan orkid pula..


8 ulasan:

  1. sama dgn pokok cili & tomato lynn. Tersalah konsep, letak baja buah sblm matang. Pokok kecil dah berbuah tapi dia kurus kering & nampak x sihat. Sepatutnya letak bj organik biasa dulu, bila dah subur, sihat dan lebat daunnya baru diletak baja buah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam budak tak cukup umur dah beranak la pulak kan... kes kat atas tu kes terlampau kerap beranak la pulak.. usahkan pokok... org pun lesu.. hehe

      Padam
  2. salam puan,
    terimakasih syorkan baja ni. saya nak cari benda ni.Saya ada beli orkid masa jejalan ke padang Besar. Entah boleh hidup ke tak orkid saya ni..baru nak cuba2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. puteri purnama... jangan la berpuan puan dgn saya... segan la pulak.. hehe.. panggil je datin.. hahaha... orkid tu insyaallah hidup... kalau cukup air orkid susah nak mati..(orkid saya ada juga yg mati)

      Padam
  3. sy pun beli jugak tonic ni kat MAHA...tapi rasa nya sy salah apply..sawi sy jadi kuning..tonic ni sesuai utk pokok matang untuk galakkan berbunga dan berbuah rupanya..

    BalasPadam