Jom Diet Sihat

Jumaat, 2 November 2012

Plectranthus Amboinicus @ Bangun-Bangun

Pokok bangun-bangun mempunyai banyak nama. Dalam bahasa tamil dipanggil kaarpuravali. Di beberapa tempat lain, pokok ini digelar mother of herbs, big thyme, indian borage dan indian mint.
Namanya pun dah banyak kaitan dengan india. Mungkin sebab pokok ini digunakan secara meluas oleh kaum india.
Daripada perbualan dengan jiran berbangsa india, pokok bangun-bangun sangat baik digunakan untuk melegakan selsema, batuk dan kahak. Kisar dan ambil airnya lalu diminum. Dia sendiri makan daun bangun-bangun begitu saja semasa berbual dengan saya. Katanya kaum india jadikan daun ini sebagai ulam bersama nasi.
Untuk mengubati batuk bayi pula..sapu minyak pada muka daun lalu tekapkan pada dada bayi..
Melihat kesungguhan jiran saya bercerita.. Saya merendam tiga helai daun bangun bangun segar dalam air panas, dicampur gula untuk diminum bersama anak yang memang sedang berkahak. Saya pun tak tau la suratan atau kebetulan... Kahaknya sangat berkurangan esoknya...
Sekarang..saya sangat teruja untuk menanam pokok bangun bangun di taman belakang rumah saya.
Sahabat sekalian sudah ada pokok bangun-bangun di rumah?


pokok rumah jiranku... bertemu dapur

pokok di laman belakang... masih dalam polibeg.. dah 2 kali tuai daunnya

6 ulasan:

  1. salam. agaknya inilah pokok yg Mak Aji hampir terbeli bila Mak Aji minta pokok pudina tempoh hari. Rupa daun mcm pudina biasa tetapi tiada kuat bau pudinanya (sikit je), rupanya pokok ini. Kalau tahu khasiatnya nescaya dibeli tempoh hari!

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang banyak khasiatnya... cantik juga buat tanaman hiasan..cuma perlu dikawal sikit sebab pokok bangun-bangun membiak dengan cepat.

      Padam
  2. apa :) >>tercengang<<
    pokok bangun2 tu apa? aiiihhh.. tak tau pun ada pokok bangun2 tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe... sebenarnya saya sendiri pun banyak jugak masih tak tau nama pokok... tapi bila berkecimpung dalam blog ni, banyak yang kita dapat dari blog kawan kawan lain..

      Padam
  3. mesti wangi teh daun bangun2 nikan.Pokok niberbungakan, apa warnanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. daunnya memang wangi dan 'soothing'.. saya tak pastu pulak berbunga atau tidak.. sebab baru sangat lagi di laman saya... tapi pokok ini satu keluarga dengan pokok ati-ati.

      Padam