Jom Diet Sihat

Selasa, 13 November 2012

Herba Misai Kucing

Pokok misai kucing atau nama saintifiknya Orthosiphon stamineus, Benth adalah agak biasa di negara kita. pokok ini cantik ditanam sebagai tanaman hiasan disamping mempunyai pelbagai khasiat. Antara khasiat misai kucing yang kita sedia maklum ialah untuk penyakit kencing manis dan mampu menurunkan kadar asid urik. Daunnya juga boleh memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang, sesuai untuk orang mempunyai penyakit batu karang.

Teh herba misai kucing banyak terdapat di pasaran sekarang. Pelbagai jenama dan harga. Sehinggakan saya pernah terbaca bloggers bertelagah tentang kualiti teh misai kucing edaran masing-masing. Pada saya apa susah, tanam dan minum sendiri... lagi berkualiti dan terjamin. Penyediaan teh misai kucing juga teramat la senang, ambil daun, batang dan bunganya sekali. Rebus kemudian minum.

bunga bentuk piramid
 Pokok misai kucing di laman saya dari jenis bunga ungu. Anak pokoknya saya beli dari Sg.Buloh. Semasa dialihkan akar anak pokok diserang bena dengan teruk. Saya semburkan dengan campuran minyak masak dan sabun pencuci pinggan. Alhamdulillah, sebulan kemudian pokok merimbun dan berbunga lebat.
bunga ungu..masih kuncup

patch misai kucing

3 ulasan:

  1. haa.. pokok misai kucing..
    skrg dah jadi top dah.. dulu2 org wat tak heran je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. seriusnya saya sendiri blm pernah cuba minum tehnya... sekarang dok asyik minum teh bangun-bangun je..

      Padam
  2. fuyyoo kak long. brehi menanam plok ko lo ni. amek la gmbr 1 taman tu. nak tgok. :D

    BalasPadam