Jom Diet Sihat

Selasa, 4 September 2012

Cili Padi Diserang Lalat

Cili Padi terabai ni dah semakin kukuh dan banyak pengeluaran bunga dan buahnya... apa yang menyeronokkan buahnya bersaiz besar... sebesar jari kelingking saya (besar tu)... sayang nak petik buahnya masa hijau sebab ingatkan nak simpan benih dulu...
buah agak banyak walaupun pokok kecil

perhatikan pokok selasih(thai basil) di tepi pokok cili- sipi je nampak..

buah gemuk... 
tengok2 malangnya buah jadi lembik dan busuk di pokok walaupun masih hijau... tak sempat merasa buahnya.... sejak itu, buah tak pernah elok.. walaupun masih muda buah dah kena serang... saya syak ini angkara lalat buah... sedih betul...apa yang menghairankan kononnya lalat buah tak suka bau kemangi/selasih... sedangkan pokok cili ini diapit oleh 3 pasu pokok selasih...


nampak macam elok tapi buah lembik..

kutip buah lembik dan buang...

 perlukah saya guna racun untuk pokok cili? saya ada baca artikel dari tanam sendiri tentang pemikat lalat buah, tapi mungkin akan jadikan lebih banyak lalat buah yang datang dan menyerang pokok cili lain... siapa yang dapat mengatasi masalah sebegini tolong la kongsi...

8 ulasan:

  1. isshhh..nak tlg tpi tak gheti, racun blh cuba tp lps seminggu br blh kutip buah...buah yg merah tuh dah blh buat benih dah..biasanya akan tumbuh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh ye ke... saya ingat kena tunggu sampai ranum.. malangnya dah buang dah pun...

      Padam
  2. dulu pun saya pernah terkena macam tuu, jadi buah perlu dipetik waktu hijau lagi. kalau dah merah conform 'dia' dah serang hu hu...

    BalasPadam
  3. masalahnya cili ni hijau pun dah kena serang... agaknya sedap kot...

    BalasPadam
  4. Apa nak buat yer kalau jadi macam ni? pokok cili saya daunnya berbintik2 dan buahnya kalau lambat petik akan "kosong".

    BalasPadam
  5. Cuba CT Zu cari benih cili putih macam yang banyak terdapat di Kelantan. Rasanya kat tempat kita, payah nak jumpa org jual cili putih tu.

    BalasPadam
  6. itu namanya cili solok... boleh order dari blog www.tanamsendiri.com.. macam2 lagi benih ada kat situ.

    BalasPadam
  7. salam,

    masalah awk sama dengan sy...buah gemok2 tapi bila nak masak..bertukar color dan buruk...sy ada mintak advice dari en iskandar..blog tanamsendiri....dia ada provide umpan lalat..nak details sila la ke blog dia...

    BalasPadam