Pokok bunga hydrangea ni dah menghuni laman saya lebih dari 3 tahun. Peliknya tak mahu berbunga langsung. Baja organik..baja kimia semua dah suap. Serbuk kopi pun saya turut jadikan baja kononnya pokok yang degil pun akan mekar dengan serbuk kopi. Akhirnya saya pindahkan pokok ni dari laman rumah ke laman sekolah. Cuba tanam atas tanah pulak. Mana la tau..bila berubah angin dan suasana...rajuknya hilang.
salam kenal....singgah ziarah, mmg betul org kata menanam ni menguji kesabaran...sabar menunggu!!!
BalasPadamSaya pun mengalami nasib yang sama, hanya mabuk daun. Last-last buang terus tanam baka kampung je. Berbunga pulak tu.
BalasPadamrasanya baka kampung tu daunnya lembut sikit kan, dan daunnya warna hijau pucat. yang ini dari cameron, daunnya tebal besar.
PadamSekarang ni saya tanam baka kampung satu warna pink satu lagi biru . Baka kampung daunnya nipis sikit.
Padampokok ini rajin berbunga dirumah, berwarna-warni,ada yang keluarkan warna biru, ada yang warna pink.Ikut kadar pH tanah
BalasPadamwahh..seronoknya... kalau boleh dikongsikan tipsnya...
PadamMaklong pernah juga tanam hydrangea ni. Tapi samalah seperti shafirul tak pernah berbunga semenjak ditanam, tapi pokok dan daunnya subur.
BalasPadamLama-kelamaan pokok tu kering sendiri tak tau kenapa.
Dekat rumah ada tanam berbunga tapi jadi kecik bunganya sebab tak cukup matahari.
BalasPadamSalam Ibu Shafirul,
BalasPadamPokok hydrangea Mak Aji baru sekali berbunga, jenis kampung agaknya ya, yang daunnya lembut. Walaupun begitu saiznya tak sebesar mana seperti yang kat nurseri tu.
itu yg cameron punya. mmglah tk berbunga. mrka taruk hormon. tanam baka kg, sng berbunga, daunnya tirus skit. bunganya besar tpk tangan klau disiram 2x sehari dan letak baja organik.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamPokok hydrangea memerlukan kawasan yg ada matahari di waktu pagi dan redup di waktu tengahari
BalasPadam