Jom Diet Sihat

Sabtu, 19 Mei 2012

Alpinia Zerumbet - Bunga Eksotik Tropika

Minggu lepas semasa ke Equine Park Taiping, lepas keluar dari kereta terhidu bau yang wangi sangat... tengok sekeliling tak ada la nampak apa2 bunga yg wangi pun... masa nak balik tu ternampak la bunga putih di celah2 daun yg merimbun... pokoknya mcm pokok lengkuas. Ada sesiapa yang kenal?
ini pokoknya..bunganya menyorok.
ini pula bunganya..cantik-putih-wangi sangat2

Inikah kebaikan blogging. Belum seminggu saya dah dapat jawapannya (terima kasih Autumn Belle )- white alpinia. pokok ini dalam keluarga lengkuas jugak, tapi ubinya bukan jenis yang kita masak tu. Rupanya bunga ini termasuk dalam golongan bunga eksotik tropika. Nampaknya saya sudah jatuh cinta pandang pertama dengan bunga ini, kalau mempunyai kawasan landskap yang besar, anda semua boleh pertimbangkan bunga ini ke dalam kawasan landskap anda semua.

2 ulasan:

  1. Daun dan bunganya macam jenis "White Alpinia". Cuba google untuk cari imej dan bandingkan.

    BalasPadam
  2. Terima kasih Autumn Belle... mmg betul,salah satu dari spesied alpinia. Rupanya bunga ni dalam kategori bunga eksotik.

    BalasPadam