Saya menanam pokok kesum daripada batang. Lebihan masak laksa... cucuk je batangnya. dulu tak menjadi, tapi bila tukar tanah dan tanam dalam bekas tidak berlubang(botol minyak masak), alhamdulillah menjadi... saya berpuas hati dengan pokok kesum saya...sudah beberapa kali dipotong untuk masak asam pedas dan kuah laksa... lepas tu dia rimbun balik... saya bubuh baja tahi kambing, air perut ikan yang diblend dan juga air beras.
 |
tempat rongak tu bekas potong... |
lain pula ceritanya dengan pokok kesum jiran saya... asalnya dia cuma cucuk satu batang kesum sahaja dalam bekas gabusnya yang berisi pokok kucai... tapi mak aiiiiiii... dia punya membesar dan merimbun... dah memonopoli bekas gabus tersebut.. daunnya pula besar-besar... lebih besar dari ibu jari kita...
 |
rimbun |
saya pun agak hairan... sedangkan jiran saya tak pernah bajakan pun... tapi pokok kesumnya bercabang-cabang... pokok saya tumbuh tegak je... mungkin rahsianya ada pada tanah yang digunakan. saya dapati tanah yang digunakan oleh makcik ti ialah sabut kelapa sawit yang dijadikan kompos. warnanya sangat hitam dan sangat baik memegang air... dalam beg tanah yang dibeli juga ada banyak anak-anak cacing yang menguatkan andaian saya ianya kompos kelapa sawit...
 |
beza saiznya |
gambar di atas menunjukkan perbezaan saiz daun kesum kami berdua. namun aromanya tetap sama... atau adakah kesum ini dari jenis yang berbeza? saya pun tak tau.. cuma setiap kali tengok daun kesum jiran tu saya jadi eiii...geramnyaa...kagumnyaaa...sedapnyaaa... hehehe... apapun saya sudah puas hati dengan pokok kesum saya nan sebekas tu...